MEMBINA NARATIF BARU LEBIH PENTING DARIPADA MEMBINA NEGARA

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi titik tolak penting bagaimana negara dibina selepas itu. Dasar Ekonomi Baru, pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kelahiran Barisan Nasional, pembangunan luar bandar, Petronas, Dasar Pendidikan Negara, MRSM, UKM, UiTM dan sebagainya banyak kerana peristiwa 13 Mei.

Bila Tommy Thomas mengatakan 13 Mei adalah “agenda buatan Tun Razak”, ia adalah sebahagian usaha mengukuhkan naratif DAP mengenainya.

Pakatan Harapan dilihat lebih sibuk bina naratif dari bina negara. Banyak projek pembangunan dihentikan atau dikurangkan skopnya. Tetapi paling sibuk dengan usaha seperti meratifikasi ICERD, Statut Rom, pengitirafan perjuangan Chin Peng dan lain-lain. Ada portal penyokong mereka membuat liputan besar ulang tahun 13 Mei di tahun 2019 dengan naratif baru yang dikehendaki.

ICERD ialah tentang perisytiharan negara tidak akan melakukan diskriminasi dari perspektif kaca mata luar. Statut Rom ialah memberi hak kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengambil tindakan kepada mana-mana Ketua Negara sekiranya berlaku ‘genocide‘, pembunuhan beramai-ramai atau apa yang disebutkan kekejaman terhadap sesuatu kaum.

13 Mei 1969 meninggalkan kita semakin jauh. Satu atau dua generasi lagi, tidak ada lagi yang masih hidup untuk membawa cerita sebenar. Yang tinggal ialah tulisan dan gambar. Gambarpun semakin kabur. Bergantung siapa yang menulisnya dan mentafsirnya. Inilah yang akan menjadi rujukan.

Kalau ada portal yang bercerita pihak keselamatan telah membunuh beratus atau beribu orang di satu kampung, generasi baru menerimanya kerana tidak ada yang tahu untuk menafikan perkara tersebut. 

Pelantikan Tommy Thomas dahulu merupakan agenda DAP. Kalau Tommy menulis 13 Mei adalah buatan Tun Razak siapa pula mahu menafikannya? Adakah penafian anak Tun Razak yang sedang didakwa atau UMNO yang sedang dimomokkan cukup dan memadai?

Naratif adalah himpunan penceritaan. Legitimasi pula adalah penerimaan ramai. Sekiranya ramai yang menerima apa yang diceritakan, apapun tindakan dan dasar baru akan beroleh legitimasinya di masa akan datang.

Semasa Pakatan Harapan memerintah, sekolah bukan pada bangunannya, tetapi pada naratif yang hendak diceritakan kepada murid dan generasi akan datang.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts