KERJASAMA PH-IRI: KENYATAAN BERBEZA PEMIMPIN PH

349
SHARES
2.1k
VIEWS

Pelbagai reaksi berbeza pemimpin Pakatan Harapan apabila ditanya mengenai dakwaan Presiden Institut Republikan Antarabangsa (IRI), Daniel Twining mengenai penglibatan Pakatan Harapan sejak 2002 yang dinamakan beliau sebagai ‘satu permainan yang panjang’ dalam menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Daniel membuat dakwaan tersebut dalam sebuah forum anjuran Center for Strategic & International Studies yang diadakan pada bulan lepas, di mana Washington mendapat manfaat daripada kerajaan baharu di Putrajaya sejak dari awal lagi.

Sebagai rekod, IRI menerima dana melalui National Endowment For Democracy (NED) dan Jabatan Negara AS.

“Saya duduk bersama ramai pemimpin kerajaan baru di sana, dan ramai dalam kalangan mereka merupakan rakan kongsi yang bekerja dengan kita sejak 15 tahun lepas.

“Salah seorang yang paling kanan dalam kalangan mereka, yang kini menguasai kerajaan berkata kepada saya ‘Hebat IRI, anda tidak meninggalkan kami walaupun pada saat kami sedia menyerah kalah’.”

Kenyataan itu dijangka menghangatkan debat berhubung peranan AS dalam proses demokrasi Malaysia kerana telah terlibat sejak 2002. 

Berikut adalah kenyataan beberapa pemimpin Pakatan Harapan dan kenyataan Nurul Izzah yang paling menarik sekali kerana beliau tidak menafikan perkara tersebut malah berdolak-dalik kepada sepucuk surat yang dihantar kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) oleh Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO):

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar:

Beliau menyatakan tidak pelik IRI bekerjasama dengan parti pembangkang di negara ini kerana badan pemikir itu turut bekerjasama dengan Barisan Nasional dan Gerakan.

“Saya rasa semua aktiviti yang kami lakukan dan jalankan adalah bersifat telus, mereka bukan sahaja membantu PH, tetapi juga membantu BN dan Gerakan. Latihan diberikan IRI dijalankan mengikut lunas undang-undang.”

“Sudah tentu kami tidak bekerjasama dengan IRI bagi menjatuhkan BN dalam pilihan raya umum lalu, pada 9 Mei.”

“Mana-mana teori konspirasi harus disasarkan kepada surat CIA ( Agensi Perisikan Pusat) itu.”

Setiausaha Agung Amanah, Mohd. Anuar Mohd. Tahir:

Anuar terkejut dengan dakwaan IRI bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

“Saya tiada apa-apa maklumat berkaitan perkara berkenaan. Ia perkara pelik bagi saya dan saya sendiri terkejut apabila berita seperti ini dilaporkan.”

“Kita di Malaysia memang mengadakan pelbagai hubungan dengan organisasi, institut dan yayasan dari luar, seperti Jerman, Jepun (dan) termasuk AS.”

“Tetapi, untuk bekerjasama dengan organisasi bagi tujuan spesifik seperti menjatuhkan kerajaan BN, saya sendiri tidak mengetahuinya.”

Ketua Wanita PKR dan juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin:

Beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan itu dan berpendapat tidak mungkin badan pemikir AS mahu terbabit dalam pilihan raya di Malaysia.

“Setahu saya, IRI adalah sebuah NGO yang membuat program seperti motivasi, taklimat dan sebagainya. Tetapi, bukannya untuk pilihan raya.”

Ahli Parlimen DAP yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh:

Hannah pula menafikan beliau tahu mengenai kerjasama IRI dengan Pakatan Harapan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts