PERIHAL UTUSAN: KENYATAAN MEDIA DUA BEKAS KETUA NUJ

378
SHARES
2.2k
VIEWS

Dua bekas NUJ tempelak bekas Ketua Pengarang Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin

Kenyataan bersama oleh Amran Ahmad dan Hata Wahari

Kami akui pernah dibuang kerja dari Utusan Melayu (M) Berhad atas perjuangan bersama Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) setelah kemelut dan masalah dengan majikan tidak nampak jalan penyelesaian.

Untuk rekod, Hata Wahari yang pernah menjadi Presiden NUJ Malaysia dibuang kerja sebagai wartawan syarikat tersebut pada 2011 manakala Amran Ahmad dibuang kerja 2 tahun sebelum itu.

Kes buang kerja Amran yang pernah menjadi pengerusi NUJ cawangan Utusan Melayu juga masih dalam perbicaraan di mahkamah tinggi dan keputusan mengenainya mungkin diketahui bulan depan.

Namun, apa yang nyata lagi jelas, kami tidak pernah ada dendam kesumat dengan Utusan Melayu walaupun syarikat milik Umno itu pernah membuang kami, dan walaupun kami berdua menyertai parti majoriti Cina bernama DAP.

Kami tidak pernah dan tidak akan sesekali ‘mendoakan’ Utusan mati sama ada dengan sendiri atau dengan apa jua cara kerana mengenangkan kami pernah mencari makan di syarikat itu dan mempunyai ramai sahabat handai yang masih bekerja di sana.

Tetapi, ada seorang bekas ketua pengarang Utusan yang nampaknya masih terkial-kial dan terperangkap dengan kisah-kisah silamnya sehingga sanggup ‘mendoakan’ atau membuat ramalan tanpa fakta bahawa Utusan mati dengan sendirinya.

Tidak cukup dengan cari makan di Utusan selama puluhan tahun sehingga diangkat menjadi ketua pengarang, beliau yang kami sifatkan tidak pernah bersyukur ini turut diberikan kesempatan untuk menduduki kerusi menteri tidak lama dahulu.

Hari ini, beliau tanpa segan-silu mengutuk Utusan habis-habisan tanpa pernah mengaku di zaman beliau menjadi boss, apakah Umno tidak pernah membantu Utusan seperti yang dilakukan sekarang.

Mungkinkah, kami rasa, mungkinkah beliau kini dalam keadaan terdesak lagi tertekan setelah melihat rakannya dalam dunia media, Datuk A Kadir Jasin lebih menyinar dalam kerajaan Pakatan Harapan hari ini.

Kami berharap, sangat berharap mereka yang pernah mengepalai Utusan Melayu ini masih ada ‘roh’ Melayunya dan dapat memberi kritikan membina untuk terus melihat syarikat tersebut tersebut memainkan peranannya.

Memang betul kerajaan telah bertukar tetapi peranan Utusan dalam membela nasib bangsa Melayu tidak pernah berubah apatah lagi suasana politik semasa yang seolah-oleh menunjukkan nasib bangsa Melayu seperti ‘telur dihujung tanduk’.

Untuk rekod, Hata Wahari yang pernah menjadi Presiden NUJ Malaysia dibuang kerja sebagai wartawan syarikat tersebut pada 2011 manakala Amran Ahmad dibuang kerja 2 tahun sebelum itu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts