PUAD: KERETA NASIONAL 3.0, JAMBATAN BENGKOK DAN F1

351
SHARES
2.1k
VIEWS

KERETA NASIONAL 3.0, JAMBATAN BENGKOK DAN F1

Mohd Puad Zarkashi
8.8.2018

1. Kalau Menteri Pakatan Harapan (PH) tidak membantah cadangan Kereta Nasional 3.0, sah mereka takut pada Tun M. Mereka takut kehilangan jawatan. Bahkan mereka tidak takut pada rakyat.

2. Proton telah diswastakan pada tahun 2012. Proton hampir di-bailout apabila Mahathir meminta Najib menyuntik RM2 bilion kepada Proton. Ketika itu Proton berhutang RM700 juta kepada vendors yang majoritinya Bumiputera. Jualan Proton merosot kepada 5000 unit sebulan pada tahun 2017 berbanding 200,000 unit sebelumnya. Bahkan kerugian Proton pada tahun 2016 ialah RM150 juta.

3. Justeru apa perlunya Proton 2.0? Kenapa tidak dipulihkan sahaja Proton 1.0. Kalau Kerajaan Pakatan Harapan terpaksa memungkiri janji manifesto mereka atas alasan kewangan kenapa Kereta Nasional 3.0 mahu dilaksanakan. Tidakkah itu nanti membebankan rakyat?

4. Sedangkan banyak keutamaan lain perlu diselesaikan. Antaranya harga kereta lebih murah seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga (Bajet Pakatan Harapan). Lebih baik kemudahan pengangkutan awam dimodenkan seperti meneruskan projek MRT3, ECRL dan HSR.

5. Kalau Pakatan Harapan gagal menyekat impian Kereta Nasional 3.0 Tun Mahathir, bermakna mereka membenarkan pentadbiran autokratik Mahathir. Jangan hairan jambatan bengkok akan dibina semula dan F1 akan kembali mengaum.

Maka lama lagilah Mahathir jadi PM.

Kempunan lagikah Anwar?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts