JANGAN GANGGU KEBEBASAN MEDIA – ISHAM JALIL

148
SHARES
476
VIEWS

Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil mengecam pihak kerajaan Perikatan Nasional yang dilihat cuba menyekat kebebasan media dengan cara mengugut wartawan dengan memboikot dan pembatalan iklan.

Beliau menegaskan demikian merujuk kepada isu pemilik akhbar Sinar Harian iaitu Datuk Hussamuddin Yaacub yang mendedahkan perkara tersebut di laman Twitter-nya petang tadi.

Rujuk pautan;

https://editormalaysia.com/21619/

Apalah hendak jadi dengan orang-orang dalam kerajaan PN ini sampai perlu ugut media dan wartawan dengan pembatalan iklan jika media beri ruang kepada orang-orang politik tertentu.” 

Takkan semua media hendak disuruh puji kerajaan sahaja. Dan sesiapa yang bersuara mengkritik kerajaan pula diugut dan ditekan.”

Isham mengecam tindakan kerajaan yang menggunakan kuasa yang ada bagi menyekat media yang dilihat tidak mahu mengikut telunjuk mereka sedangkan ia sepatutnya menjadi proses semak imbang kepada pihak kerajaan. 

Biarkanlah media bebas bersuara untuk semak imbang kerajaan. Ini penting untuk rakyat dan untuk masa depan negara.” 

Kerajaan perlu terima hakikat yang kerajaan bukan semuanya dan bukan selalunya betul, oleh itu perlu disemak imbang untuk mencegah kesilapan atau salah guna kuasa.” 

Jangan ganggu kebebasan media.” 

Rujuk pautan;

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/915060915916100/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts