DUKACITA DENGAN PELAKSANAAN ‘LOCKDOWN’

436
SHARES
1.4k
VIEWS

Oleh Hajah Marina Yusoff

Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya berasa dukacita apabila kelonggaran demi kelonggaran diberi tanpa rancangan terperinci. 

Apa makna lockdown jika dalam masa yang sama pelbagai kelonggaran diberikan? Jika benar-benar negara memerlukan lockdown maka laksanakanlah dengan cara yang betul. Akibat lockdown dan kelonggaran yang tidak berjadual bermakna lebih ramai lagi rakyat yang akan ditangkap dan didenda kerana keluar tanpa mempunyai permit polis. 

Apakah maksudnya ini? Adakah kerajaan ingin menganiaya rakyatnya? Sepatutnya apabila semua kelonggaran dibuat, maka perintah lockdown mestilah ditarik semula dan SOP ditetapkan supaya rakyat biasa boleh menguruskan keperluan mereka dan bergerak tanpa bimbang.

Siapakah yang dilantik dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN)? Jelas mereka membuat keputusan tanpa rancangan yang teratur. Adakah mereka tidak berfikir semasak-masaknya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan? Ini menyebabkan keputusan yang dibuat seperti keanak-anakan. Satu hari buka satu hari tutup. Ini menyeksa rakyat apabila punca rezeki mereka ditutup.

Sudahlah, batal sahaja lockdown dan laksana SOP yang lebih teratur. Ini tidak, kenapa pula tapak-tapak pembinaan, penjara dan kilang yang menjadi pencetus pandemik Covid-19 tetapi kita yang tiada kena mengena dengan mereka pula yang dikenakan lockdown. Atas ketidakbijaksanaan ini maka ramai penjaja-penjaja kecil sudah menutup peniagaan masing-masing sehingga langsung tidak dapat mencari rezeki.

Kenapa tidak mendengar nasihat Menteri Kewangan yang telah memberi saranan agar lockdown tidak diteruskan? Tetapi nasihat ini tidak dihiraukan dan lockdown terus disambung dan rakyat menerima padah akibat daripada tindakan kurang cerdik ini. Kenapa sesama menteripun tidak ada kerjasama?

Sudah-sudahlah, batalkan lockdown dengan segera dan biarkan rakyat bergerak mengikut SOP. Cukup-cukuplah menyeksa rakyat dengan tangkapan dan denda yang tidak sepatutnya. 

Wassalam. 

(Penulis merupakan tokoh peguam dan bekas majistet serta bekas Naib Ketua Wanita UMNO dan Naib Presiden Semangat 46) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts