PEGUAM DARI FIRMA GUAMAN MILIK TOMMY DILANTIK UNTUK MENUNTUT EQUANIMITY

345
SHARES
2k
VIEWS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengeluarkan perintah merampas kapal mewah The Equanimity bernilai RM1 bilion yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi dari negara ini, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Kerajaan telah melantik barisan peguam dari firma guaman milik Peguam Negara, Tommy Thomas untuk memfailkan tuntutan ke atas rampasan kapal mewah The Equanimity tersebut.

Perkara tersebut dibantah oleh Sekretariat Peguam Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Pengerusinya, Nik Saiful Adli Burhan hari ini kerana mempersoalkan tindakan kerajaan melantik firma guaman yang milik Tommy yang tentunya mencetuskan konflik kepentingan.

“Bagaimana kerajaan hari ini boleh melantik peguam dari firma guaman Peguam Negara sendiri bagi memfailkan tuntutan kes ke atas kapal tersebut dan menyiasat status pemilikan kapal berkenaan?”

“Pelantikan itu sendiri secara jelas boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada Tommy Thomas iaitu antara peranan beliau sebagai Peguam Negara dan pemilik firma guaman berkenaan.”

“Malah, konflik kepentingan itu jelas bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) seperti yang dinyatakan dalam Buku Harapan di helaian empat iaitu PH berjanji menghentikan kerosakan institusi-institusi penting negara dan mengembalikan kedaulatan negara sekali gus menjamin kebebasan agensi penting dalam kerajaan.”

Penyitaan kapal mewah The Equanimity itu juga didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan 1MDB walaupun kerajaan tidak mempunyai bukti kukuh untuk merampas kapal tersebut.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts