ERA BN & PH: MASIH TIADA BUKTI CUKUP UNTUK DAKWA NAJIB

352
SHARES
2.1k
VIEWS

Zaman BN: Tiada bukti untuk mendakwa Perdana Menteri

Ketika zaman Barisan Nasional (BN) memerintah, tentunya apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), mengatakan tiada bukti kukuh untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, akan disambut dengan histeria oleh pemimpin dan penyokong pembangkang Pakatan Harapan.

Mereka mendakwa seluruh instrumen kerajaan takut dan tunduk kepada pihak kerajaan BN untuk menyiasat dan mendakwa Datuk Seri Najib di mahkamah.

Zaman PH: Tiada bukti cukup untuk mendakwa bekas Perdana Menteri

Kemudiannya apabila Pakatan Harapan (PH) pula memerintah, apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ditambah dengan Badan Petugas Khas 1MDB dibantu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Kementerian Kewangan, mengatakan masih tiada bukti kukuh untuk mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, langsung tidak disambut oleh pemimpin dan penyokong kerajaan Pakatan Harapan sedangkan sebelum ini merekalah yang paling semangat ingin membongkar skandal 1MDB dan memenjarakan Datuk Seri Najib.

Hakikatnya kini seluruh instrumen kerajaan di bawah arahan dan tunduk kepada pihak kerajaan PH untuk menyiasat dan mendakwa Datuk Seri Najib di mahkamah, namun mereka mensia-siakannya.

Janji 100 hari hanya berbaki kurang dari 10 hari, Menteri Kewangan Lim Guan Eng sendiri mendakwa akan menyelesaikan skandal 1MDB dalam masa 100 hari sebelum beliau boleh mula menjalankan tugas-tugas hakiki beliau di Kementerian Kewangan.

Kita tunggu alasan selanjutnya daripada beliau dan pihak kerajaan mengenai 1MDB yang tentunya memerlukan masa bertahun untuk diselesaikan kerana masih ‘kekurangan bukti’.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts