UMNO KONSISTEN TOLAK JAWATAN TPM DAN KERJASAMA DENGAN BERSATU

132
SHARES
427
VIEWS

Menurut portal Malaysiakini yang baru sahaja didenda RM500 ribu tetapi berjaya mendapatkan kutipan melebihi sasaran hanya dalam masa tiga jam, menyiarkan berita mengenai keputusan UMNO menolak sebarang tawaran termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri yang timbul baru-baru ini. 

Sekian itu Malaysiakini memetik “sumber daripada UMNO” memberi tahu bahawa UMNO turut membuat keputusan untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu serta Perikatan Nasional (PN) sebaik proklamasi darurat berakhir. 

Menurut sumber, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi membuat ketetapan itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat lalu.” 

UMNO membuat keputusan mengakhiri kerjasama dengan Bersatu sebaik saja ‘darurat kesihatan’ tamat. Presiden mengumumkan perkara itu dalam mesyuarat MT UMNO.”

Melihat situasi terkini, sememangnya lebih baik UMNO menolak sebarang tawaran apatah lagi tiada gunanya ketika ini apabila Parlimen digantung dan jawatan Timbalan Perdana Menteri ini hanya akan menjadi boneka kepada Bersatu serta dilihat akan menjerat UMNO di kemudian hari apabila terpaksa berlembut dalam isu pembahagian kerusi kelak.

Selain itu jika UMNO menerima tawaran jawatan TPM tersebut dikhuatiri segala keputusan kerajaan yang kerap ‘flip-flop‘ tidak konsisten dan ‘u-turn‘ akan turut terpalit kepada UMNO dan Barisan Nasional, termasuk isu Tabung Haji dan siasatan kes pembunuhan arwah Adib yang sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan.

Selain itu Malaysiakini turut memetik  berita kononnya daripada sumber “yang enggan namanya disiarkan” mendakwa “majoriti Ahli MT bersetuju penyertaan parti itu dalam PN seperti formula yang digunakan pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu”, tetapi Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasanya menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN. 

Sumber Malaysiakini yang tidak mahu dikenali tersebut hanya dinamakan sebagai “Ahli Majlis Tertinggi UMNO”, namun maklumatnya agak meragukan kerana majoriti Bahagian-bahagian UMNO telahpun menolak kerjasama dengan Bersatu.

Justeru tidak mungkin “majoriti Ahli MT UMNO bersetuju penyertaan parti itu dalam PN seperti formula yang digunakan pada Pilihan Raya Negeri Sabah” seperti dilaporkan Malaysiakini.

Sama ada sumber Malaysiakini yang dikatakan Ahli MT tersebut menipu Malaysiakini, ataupun seperti biasa portal pro Pakatan Harapan tersebut yang ‘spin‘ dalam melaporkan berita.

Tetapi dalam hal ini, tidak kira sumber tersebut yang menipu ataupun Malaysiakini yang melaporkan tidak tepat, tindakan Zahid Hamidi ini boleh dipuji kerana konsisten dengan hasrat akar umbi UMNO selama ini untuk tidak menerima jawatan TPM dan menolak kerjasama dengan Bersatu.

Syabas UMNO. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts