Hendak tanya Zeti bekas Gabenor Bank Negara. Betulkah apa yang didedahkan dalam akhbar The Edge semalam? Jangan berdolak-dalik.
The Edge dedahkan, keluarga Zeti menerima US$16.22 juta daripada Jho Low yang menipu 1MDB. Duit itu diterima melalui akaun keluarga Zeti di Singapura.
Berdasarkan artikel itu, polis Singapura telah maklumkan kepada Bank Negara berlakunya transaksi mencurigakan yang melibatkan akaun milik keluarga Zeti di Singapura.
The Edge mengakui mereka melihat dokumen tersebut. Dokumen itu sebut maklumat rahsia itu telah dikongsi dengan Bank Negara pada tahun 2015 dan 2016.
Ketika itu Zeti masih lagi Gabenor BNM. Mestilah Zeti tahu mengenai skandal tersebut. Dana mencurigakan itu masuk ke akaun Iron Rhapsody Ltd milik suami dan anak Zeti.
Suami Zeti juga adalah rakan kongsi Jho Low melalui syarikat bernama ADKMIC yang ditubuhkan pada tahun 2007. Dari 2011-2013 sejumlah US$153 juta dipindahkan ke akaun ADKMIC di Singapura oleh Jho Low.
Hanya pada tahun 2019 keluarga Zeti melaui SD (akuan bersumpah) mengaku wang 1MDB masuk ke akaun mereka. Masalahnya kenapa Kerajaan PN dan Kerajaan PH sembunyikan fakta ini?
Dan kenapa pihak pendakwa dalam kes bicara DS Najib tidak maklumkan maklumat penting ini kepada pihak peguambela DS Najib? Zeti adalah saksi penting.
Apa sudah jadi dengan laporan polis terhadap Zeti yang dibuat dua bulan lepas oleh Pemuda UMNO dan beberapa pihak lain?
Adakah wujud konspirasi untuk merahsiakannya? Apa muslihatnya?