YDP AGONG TITAH TUMPU PEMBAHARUAN STRUKTUR EKONOMI, TINGKAT DAYA SAING

335
SHARES
2k
VIEWS

1. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua pihak terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan pembaharuan struktur ekonomi dan meningkatkan daya saing bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang lebih kukuh dan menyeluruh.

2. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin dalam satu kenyataan pada hari ini berkata, Seri Paduka Baginda mengambil maklum mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang pada kadar 4.2 peratus pada separuh pertama 2023 meskipun berdepan dengan kekangan ekonomi global.

3. Seri Paduka Baginda juga turut mengambil maklum mengenai kadar pengangguran yang turun pada kadar 3.4 peratus pada bulan Jun tahun ini, juga inflasi keseluruhan dan inflasi teras yang terus menurun pada suku kedua tahun ini.

4. Kesemua perkembangan ini disokong oleh faktor perbelanjaan isi rumah yang kukuh susulan pasaran kerja dan pendapatan yang lebih baik, pelaksanaan projek pelaburan baharu dan sedia ada serta perkembangan sektor kewangan Islam termasuk perkembangan inisiatif iTEKAD bagi membantu golongan rentan.

5. Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan harapan agar ekonomi negara terus berkembang dan berdoa agar rakyat dilimpahkan rezeki yang baik.

6. Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima menghadap dan sembah taklimat berhubung perkembangan semasa ekonomi negara daripada Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour dan Timbalan Gabenor, Datuk Jessica Chew Cheng Lian di Istana Negara semalam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts