CUTI DUA DARJAT ANTARA TIMBALAN MENTERI DAN RAKYAT BIASA

121
SHARES
389
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Adakah Timbalan Menteri sahaja layak jadi ibu bapa bertanggungjawab, rakyat biasa tidak? 

Rakyat memang pelik bagaimana permohonan cuti panjang 55 hari untuk seorang Timbalan Menteri boleh diluluskan? Amat luar biasa kerana alasannya ialah untuk bersama keluarga yang duduk di luar negara.

Kesian frontliners yang permohonan cuti mereka tidak lulus. Habis tinggi mereka pohon dua-tiga hari sahaja untuk melawat anak dan isteri di luar daerah.

YB Dr Santhara bagi alasan, dia mohon cuti dan kelulusan rentas sempadan ke New Zealand kerana mahu menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab.

Apakah rakyat biasa yang dilarang melakukan rentas daerah atau negeri untuk melawat keluarga mereka dianggap ibu bapa tidak bertanggungjawab? Mereka bukannya memohon untuk rentas negara.

Seorang YB perlu kerap berada di kawasan. Apatah lagi di musim pandemik dan musim banjir. Segamatpun tidak kurang terkesan. Adakah cuti dua minggu tidak cukup?

Masa BN, cuti Menteri dan Timbalan Menteri dibekukan di musim banjir. Najib batalkan percutiannya dan terus ke Kelantan yang dilanda banjir besar pada tahun 2014.

Apakah jawatan Timbalan Menteri Wilayah tidak penting? Makin berleluasa amalan dua darjat di negara kita.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts