TRELER REMPUH JAMBATAN LEBUH RAYA SUKE, DUA MAUT

380
SHARES
2.2k
VIEWS

Kemalangan maut melibatkan dua kematian dan tiga lagi cedera dalam runtuhan jambatan lebuh raya Bertingkat Sungai Besi- Ulu Kelang (SUKE) berlaku setelah sebuah treler merempuh perancah besi lebuh raya berkenaan kira-kira jam 6.15 petang tadi.

Kejadian itu menyebabkan lima mangsa yang menaiki sebuah van pekerja terperangkap dalam runtuhan selama kira-kira tiga jam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zulkefly Yahya, pemandu lelaki van tersebut beserta dua pekerja wanita terselamat dan dihantar ke Pusat Perubatan UKM. Manakala dua lagi mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan akan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Zulkefly berkata, pemandu treler berkenaan dibawa ke balai polis Sungai Besi untuk membuat laporan polis dan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebagai rekod, Prolintas Sdn Bhd yang merupakan pemaju Suke Expressway memaklumkan kejadian tersebut berlaku selepas sebuah treler yang membawa muatan berlebihan merempuh perancah besi pembinaan lebuh raya berkenaan, bagaimanapun perkara tersebut dinafikan pihak polis selepas siasatan awal di tempat kemalangan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts