ISU UNDI-18: SIAPA YANG TIDAK MATANG SEBENARNYA?

353
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Daripada kesemua 195 negara di dunia, kurang daripada 15 buah negara sahaja yang menetapkan umur minimum mengundi lebih daripada 18 tahun.

Dan daripada jumlah tersebut, hanya 6 negara sahaja yang menetapkan umur minimum mengundi setua 21 tahun.

Negara-negara yang menetapkan umur minimum mengundi lebih daripada 18 tahun ini termasuk:

Bahrain – 20 tahun
Cameroon – 20 tahun
Nauru – 20 tahun
Taiwan – 20 tahun
Tokelau – 21 tahun
Oman – 21 tahun
Samoa – 21 tahun
Singapura – 21 tahun
Tonga – 21 tahun
Malaysia – 21

Selain daripada 15 negara contohnya di atas, hampir kesemua daripada 180 negara-negara lain di dunia mempunyai umur mengundi minimum 18 tahun.

Negara-negara ini termasuk:

Afghanistan – 18
Bangladesh – 18
India – 18
Brunei – 18
Iran – 18
Iraq – 18
South Korea – 18
Filipina – 18
Thailand – 18
UK – 18
USA – 18
New Zealand – 18
Canada – 18
Indonesia – 17
Argentina – 16
Austria – 16
Brazil – 16
Cuba – 16
Ecuador – 16
dan lain-lain.

Tidak masuk akal jika 180 negara-negara yang menetapkan umur mengundi 18 tahun ini membenarkan rakyat mereka yang ‘tidak matang’ untuk mengundi.

Atau adakah logik hanya 15 negara sahaja di dunia ini termasuk Malaysia yang rakyatnya tidak matang atau lambat matang untuk mengundi?

Atau mungkinkah kerajaan kita ini sahaja yang menganggap orang-orang muda atau belia Malaysia berumur 18 tahun kononnya masih belum matang untuk mengundi berbanding belia-belia di hampir kesemua negara-negara lain di dunia?

Anak sayapun sudah berumur 18 tahun dan pada hemat saya beliau sudah cukup matang undi mengundi dan bukanlah anak-anak kecil lagi.

Kepada ‘Abah’, janganlah takut kepada anak anda yang sudah dewasa.

Kepada pemimpin-pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional, usahlah menidakkan hak orang muda untuk mengundi hanya kerana kepentingan politik yang tidak menyebelahi anda.

Sebenarnya andalah yang tidak matang.

Buatlah perkara yang betul.

ISHAM JALIL

27 Mac 2021

P/S: Gambar sebelum PKP.

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/942909036464621/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts