SUHAKAM JANGAN BIADAP, MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

393
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA MALAYSIA

29 March 2021 | 15 Syaaban 1442H

1. Merujuk kepada laman web Samudera di pautan;

https://www.samudera.my/hak-asasi-pekerja-seks-malaysia-pesuruhjaya-suhakam/, PUTRA memetik kenyataan, “Keadaan ini berlaku disebabkan industri seks tidak sah daripada segi undang-undang negara, maka mereka yang bekerja dalam industri seks dikriminalisasi (criminalisation).

2. PUTRA terkejut dengan kenyataan tersebut yang diutarakan oleh Datuk Dr Madeline Bermarzantarzanta, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam isu ‘pekerja seks’ di Malaysia. Pertama, bagaimanakah beliau boleh menggunakan perkataan ‘pekerja seks’ di mana umum mengetahui Malaysia tidak pernah mengiktiraf seks sebagai sebuah industri dan tiada istilah ‘pekerja seks’ dirujuk sebagai satu bentuk ‘pekerjaan’. Selain daripada itu dari segi moral, tiada mana-mana agama mahupun kaum dalam negara ini yang menganggap menjual tubuh atau perlakuan seks dengan rela itu sebagai satu bentuk pekerjaan.

3. Jika ini pemikiran yang ditanam di dalam SUHAKAM, maka PUTRA menggesa kerajaan agar mengkaji semula kewujudan organisasi itu. PUTRA mendapati bahawa suruhanjaya ini lebih membawa mudarat dan pandangan budaya Barat yang membahayakan minda rakyat Malaysia, terutamanya golongan remaja dan belia. Mereka juga adalah anasir negatif yang merosakkan nilai-nilai murni yang dipegang oleh orang rakyat Malaysia khususnya orang Islam kerana begitu tegar mempertahankan hak LGBT dan hak untuk umat Islam murtad.

4. PUTRA juga melihat suruhanjaya ini mahu Malaysia yang merupakan sebuah negara berdaulat dan Islam sebagai agama Persekutuan serta rakyatnya mendukung nilai-nilai murni kekeluargaan dan kemasyarakatan, agar hidup bebas seperti di Amerika Syarikat dan negara Eropah yang meletakkan nilai moral dan keagamaan ke tepi, serta tiada halal dan haram, atau baik dan buruk dalam pekerjaan.

5. Justeru itu, PUTRA menggesa pihak kerajaan agar mengkaji semula akan kewujudan suruhanjaya ini kerana ia telah banyak bercanggah dengan Perlembagaan sedia ada, merosakkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia serta merosakkan akhlak anak-anak muda tanpa mengira agama, bangsa atau warna kulit.

Sekian.

Ashraf Bin Rosli

Ketua Penerangan PUTRA

PUTRA PERKASA NEGARA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts