Oleh Lau Chin Kok
Kekalnya pendirian UMNO-BN “No DAP and Anwar” tentulah mengecewakan beberapa pemimpin Pakatan Harapan terutama segelintir pemimpin DAP yang menyimpan berhasrat untuk bekerjasama dengan UMNO.
DAP yang sudah dapat menghidu malang yang bakal menimpa mereka jika kekal menjadi pembangkang pada PRU-15 nanti telah merencana sesuatu yang boleh kita katakan luar biasa, iaitu sedia bekerjasama dengan UMNO yang selama ini mereka musuhi.
Kekalahan 7 PRK berturut-turut dan satu PRN (Sabah) mungkin telah merunsingkan pemimpin DAP. Agaknya mungkin mereka berfikir, tiada apa lagi untuk mereka bohongi rakyat? Ditambah lagi dengan kes beberapa pemimpin DAP yang masih tersangkut di mahkamah.
Tentulah ini akan membuat mereka gelisah andai UMNO-BN kembali ke Putrajaya.
Malang sekali gendang perang yang mereka lancarkan pada PRU-14 dan kezaliman ketika pentadbiran PH dalam kerajaan tidak memungkin sekali UMNO-BN mengikat kesefahaman dengan DAP mahupun sekutu mereka.
Bukan sekadar bermusuh dengan UMNO, mereka juga telah menanam kebencian rakyat terutama kepada kaum BUKAN MELAYU agar membenci UMNO satu parti yang mewakili mejoriti orang Melayu.
UMNO parti rasuah, parti samseng Melayu dan parti rasis seperti yang ditohmahkan oleh DAP dahulu hari ini cuba dibersihkan oleh pemimpin. Masing-masing sudah merencana untuk bekerjasama dengan UMNO terutama DAP Perak dan Selangor.
Kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Meng, “Kesediaan DAP Perak bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan negeri yang stabil bukti parti itu bukan anti Melayu dan atau anti Islam“.
Manakala Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pula berkata, DAP sentiasa terbuka mencari konsensus dengan mana-mana parti sama ada dalam kalangan parti rakan gabungan atau parti yang lain termasuk UMNO.
Apakah pemimpin-pemimpin DAP ini sudah insaf dan sedar atau sudah menghidu kekalahan mereka ? Atau ini satu lagi permainan persepsi untuk mengelirukan rakyat terutama orang Melayu untuk menyokong mereka? hanya masa sahaja yang menentukan jawapannya.
Apapun kebencian kepada UMNO dan BN yang selama ini mereka tanam telah sebati di hati sebahagian rakyat Malaysia terutama bukan Melayu. Manakala mejoriti orang Melayu hari ini JELAS tidak mahu menerima mana-mana parti yang terasnya MELAYU seperti UMNO dan PAS bersekutu dengan DAP yang mereka anggap parti pelampau.
Ke mana dosa ini DAP mahu campakkan?
Justeru itu, tidak hairanlah apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan TEGAS sekali menyatakan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Anwar di dalam Persidangan UMNO 2020 baru-baru ini.
UMNO tetap kekal bersama rakan-rakan yang setia dalam BN seperti MCA dan MIC dalam menghadapi PRU ke-15 nanti. Tiada kompromi lagi, Barisan Nasional tetap menolak wujudnya DAP dalam kerajaan.
Barisan Nasional dan rakyat khususnya tidak memerlukan parti parasit yang menghisap darah rakyat seperti DAP dan komponen mereka dalam Pakatan Harapan.
Perpaduan rakyat dan ekonomi negara perlu diselamatkan dan harapan rakyat tentulah mahu Barisan Nasional kembali mentadbir dan mengurus ekonomi negara.
(Penulis merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA dan Naib Pengerusi MCA Bahagian Puchong)