MCA: SEGERA JELASKAN MEMO DALAMAN AGC YANG BOCOR, PELIHARA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

357
SHARES
2.1k
VIEWS

Dokumen yang dikatakan memo dalaman Jabatan Peguam Negara (AGC) yang telah dibocorkan oleh satu portal baru-baru ini wajar dipandang serius oleh Kerajaan serta segera memberi penjelasan sama ada ia sahih atau sebaliknya.

Seterusnya bertindak segera demi memastikan kedaulatan undang-undang seperti yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara kekal terpelihara.

Dokumen bertarikh 10 September 2019 setebal 12 muka surat yang masih boleh diakses orang awam menerusi pautan https://drive.google.com/file/d/12aca3YFiYudBwCsu9oRzE3_tIFhJervR/view?pli=1& itu menyentuh tentang enam pertuduhan dikenakan terhadap Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Seperti yang sedia maklum, antara kandungan memo dalaman tersebut ialah merumuskan bahawa tiada kes untuk mendakwa Najib Razak, pertuduhan yang tidak memenuhi keperluan atau ambang minimum untuk dibawa ke mahkamah, tiada satupun daripada 138 saksi yang ditemubual AGC berpihak kepada kes pendakwaan, tiada bukti dokumen yang memihak kepada kes pendakwaan, dan kes pendakwaan 1MDB-IPIC tidak patut diteruskan.

Isu ini juga penting untuk dijelaskan kerana ia turut melibatkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Arab Saudi dan UAE. Ini kerana syarikat IPIC adalah milik kerajaan Abu Dhabi, UAE. Sepertimana ungkapan yang kita sering dengar dan baca, “keadilan bukan sahaja hendaklah dilakukan, tetapi ia juga hendaklah dilihat sebagai sudah dilakukan”.

Bukan sahaja Najib Razak dan ahli keluarganya, tetapi seluruh masyarakat termasuk dunia khususnya mereka dalam bidang perundangan pastinya sedang melihat apa yang sedang berlaku di negara kita ini.

Neow Choo Seong 梁子祥

Timbalan Pengerusi

Biro Komunikasi dan Diplomasi Antarabangsa MCA

Rujuk pautan berikut;

https://mca.org.my/3/Content/SinglePage?_param1=21-082023-190706-08-202321&_param2=TS

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts