HENDAK BELANJA APA TANPA KELULUSAN PARLIMEN?

384
SHARES
2.3k
VIEWS

Pindaan Ordinan Darurat semalam yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menambah perbelanjaan tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dipertikai ramai pihak termasuk bekas Perdana Menteri keenam Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan juga pembangkang.

Pindaan ini dipertikai kerana ia memberi kuasa sepenuhnya untuk pihak kerajaan berbelanja tanpa had dan tanpa pantauan sesiapa secara suka hati kerana ketika ini Ahli-ahli Parlimen tidak boleh mempertikai atau mengetengahkan perkara tersebut di Sidang Parlimen kerana ia masih digantung.

Perkara ini turut dipersoalkan oleh Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan yang mengatakan tindakan tersebut sebagai “mengingatkan bahawa demokrasi di Malaysia sedang tergendala“.

Dari sudut kesahihan dan keabsahan pindaan ordinan ini, tiada pertikaian. Benda sudah berlaku. Kerajaan ada kuasa tersebut dan jelas mereka tidak segan hendak menggunakannya. Tetapi belum ada sebarang penjelasan apa tujuan mereka ‘bypass’ Parlimen dan DUN?”

Beliau bertanya adakah tujuan pindaan tersebut adalah untuk;

– Hendak belanja beli laptop untuk PdPR?

– Menjamin peluang kerja untuk ratusan ribu anak muda, termasuk yang akan tamat pengajian? Belum jelas apa laporan Majlis Pekerjaan Negara yang agak sunyi dalam KPInya mewujudkan 500 ribu pekerjaan.

– Menarik pelabur dari Korea Selatan dan Jepun? Bagaimana mengurus keyakinan pelabur yang semakin merudum untuk melabur dalam negara yang menghentikan fungsi semak imbang wakil rakyatnya?

– Mempercepat pelaksanaan Undi-18 dan pendaftaran automatik?

Shahril berpandangan kerajaan wajar mengambil tanggungjawab moral untuk sekurang-kurangnya memaklumkan perancangan perbelanjaan tambahan, meskipun menurutnya sudah terlepas tanggungjawab prosedur demokrasi berparlimen ketika ini. 

Sepatutnya kalau perancangan itu baik, Ahli-ahli Parlimenpun akan luluskan. Tetapi sekarang dengan pindaan ordinan, tidak perlu takut. ‘Confirm‘ boleh belanja. Maka, jelaskanlah kepada umum apa perancangan perbelanjaan itu. Barangkali Kerajaan boleh mempertimbang komentar dan kritikan membina ke arah penambahbaikan – sepertimana Belanjawan 2021 tempoh hari. Akhirnya, kuasa masih di Kerajaan – tetapi bukalah sedikit ruang akauntabiliti.

Oleh kerana itulah mana-mana menteri dalam kerajaan yang berkata “ingin bertanggungjawab kepada rakyat” jangan diam membisu dalam hal ini dan wajar mempertikai dan menegur kerajaan. Jika tidak mampu atau malu berbuat demikian, maka adalah lebih meletakkan jawatan daripada bersikap tidak bertanggungjawab kepada rakyat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts