PERIKATAN NASIONAL HANYA UNTUK KEKALKAN MUHYIDDIN DAN SELAMATKAN AZMIN

568
SHARES
1.8k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Semalam seorang Ahli Majlis Tertinggi PPBM mengatakan bahawa dalam kerjasama politik perlu ada kejujuran dan keikhlasan dan bukannya retorik.

Secara sedar atau tidak, tentunya dia tujukan kenyataan ini kepada partinya sendiri (PPBM) yang kebanyakan daripada pemimpin dan Ahli-ahli Parlimennya adalah pelompat parti dan pengkhianat yang jelas dan terang-terangan tidak jujur dan tidak ikhlas dalam kerjasama atau perjuangan.

Dan ramai daripada mereka (PPBM) yang telah melompat parti dan mengkhianati mandat rakyat sebanyak dua kali sebelum ini: pertama kali ialah apabila mereka melompat keluar daripada BN, dan kali kedua apabila melompat keluar dari PH dan menjatuhkan kerajaan mereka sendiri.

Tiada siapa yang akan percaya kepada orang yang telah mengkhianat sebanyak dua kali.

Dan mereka yang mengkhianat ini juga yang dulu telah menang kerana menipu manifesto pilihan raya yang sehingga kini tidak ditunai.

Mereka (PPBM) telah berjanji untuk menghapuskan PTPTN dan hutang peneroka FELDA, namun telah berkali-kali menipu rakyat akan janji-janji ini.

Oleh itu bukan sahaja mereka ini pengkhianat, tetapi mereka juga adalah penipu bersiri.

Siapakah yang akan percaya bahawa pengkhianat dan penipu ini adalah jujur dan ikhlas?

Hakikatnya, Perikatan Nasional yang diterajui PPBM ini tidak ada perjuangan yang jujur jauh sekali ikhlas.

Perjuangan mereka hanyalah untuk mengekalkan kuasa Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Menteri-menteri dalam Kabinet.

Dan juga untuk menyelamatkan Azmin dan pelompat-pelompat parti lain daripada didakwa oleh pihak berkuasa, polis atau SPRM.

Tanpa kerajaan PN, mereka ini tidak akan selamat.

Pada masa yang sama mereka tidak cekap dan tidak fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat dan hanya sibuk berpolitik setiap hari untuk mengekalkan kuasa dan menyelamatkan diri.

Sebab itu mereka masih takut untuk berhadapan dengan rakyat dan membuka Parlimen segera selari dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Februari lepas.

4 April 2021

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/948064735949051/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts