PUTRA CELA PANDANGAN HAJI HADI SOAL INTEGRITI, SEDANGKAN BERPOLITIK TIDAK BERBEZA DENGAN BUKAN ISLAM

184
SHARES
595
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA MALAYSIA

13 April 2021 | 1 Ramadhan 1442H

1. PUTRA telah membaca dan meneliti penulisan pandangan Haji Hadi di laman Facebook-nya. PUTRA mengambil iktibar daripada penegasan beliau yang menyatakan, “Semua perkara itu (negara musnah) berlaku berpunca daripada tidak beriman dan budiman, sehingga ilmu dan kebijaksanaannya digunakan untuk menipu rakyat. Akhirnya rakyat menjadi mangsa kerana bersama menyokongnya.” Ia wajar diambil dan dijadikan cerminan diri. Bukan sekadar ayat manis penyedap kata-kata. Kelantan sebagai contoh negeri yang majoriti menyokong PAS akhirnya sengsara dengan kegagalan kerajaan menyediakan bekalan air bersih, peluang pekerjaan dan perniagaan yang mencukupi.

2. Ini juga mungkin menjadi asbab kenapa PAS tidak pernah berjaya memperoleh majoriti di Malaysia kecuali di negeri luar bandar. Itupun ketika diuji mentadbir negeri mereka menodai mandat rakyat demi kepentingan diri sendiri dengan mempergunakan kalam suci demi tujuan dan niat yang tidak betul. Justeru, bertepatan dengan pandangan Datuk Zaid Ibrahim, beliau tidak layak bercakap soal integriti dan majoriti.

3. Sebagai seorang yang dikatakan alim dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama, sewajarnya beliau segera menasihati kerajaan untuk segera kembali ke Parlimen dan bersidang bincangkan perihal kepentingan rakyat. Bukan sekadar membuat penulisan di media sosial dengan gaji puluhan ribu tanpa berbuat apa-apa yang sewajarnya dan tiada apa yang membuahkan hasil.

4. Integriti yang dimaksudkan tidak setara dengan perbuatan rakan kongsi kepimpinannya. Bersekongkol dengan mereka yang punyai rekod moral yang buruk demi kuasa langsung tidak mencerminkan pasukan mereka berintegriti. Yang wajar ditegaskan apa faedah membawa perjuangan atas nama suci Islam, tetapi berpolitik dengan cara yang tidak ada beza dengan orang bukan Islam?

Masih lagi menerima jawatan sebagai habuan, salah guna wang rakyat untuk mendapatkan kemewahan dan putar belit fakta termasuk ayat Al-Quran dan hadis sehingga keluar pelbagai fatwa dan pandangan bagi menghalalkan tindakan.

5. Malah membuli dan membohongi rakyat dengan menggunakan alasan Covid-19 bagi kekal berkuasa sedangkan mereka tidak mengikut amalan demokrasi sebenar dengan membenarkan Speakar membuat undi percaya kepada Perdana Menteri apabila dikatakan kerajaan Perikatan Nasional sudah tidak ada lagi sokongan majoriti.

Sekian.

Ashraf Bin Rosli

Ketua Penerangan PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts