TIADA CALON PERDANA MENTERI SELAIN MUHYIDDIN?

393
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Shahril Hamdan

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, Ketua Penerangan PPBM menegaskan beberapa dakwaan dan pendirian yang menjurus kepada rumusan yang cuba dijaja, bahawa: PPBM dan PN adalah pihak terbaik untuk menerajui negara.

Tentunya dalam mengolah rumusan tersebut, beberapa dakwaan dibuat terhadap UMNO.

Saya respons kepada beberapa dakwaan utama.

DAKWAAN 1: TIADA CALON LAIN UNTUK PM SELAIN YAB TAN SRI MUHYIDDIN

Tanggapan itu mungkin benar buat parti PPBM. Kerana selain Tan Sri Muhyiddin yang memang sudah duduk kerusi Perdana Menteri, boleh namakan siapa pemimpin dalam PPBM yang disegani? Yang terkenal dengan sesuatu positif? Yang dilihat sebagai “potential PM“?

Maka, mungkin ya, untuk PPBM anda hanya ada seorang. Tetapi tidak bermaksud parti lain tidak mampu menyaingi.

DAKWAAN 2: UMNO/BN SAMPAI HARI INI TIDAK ADA CALON PM

Salah. UMNO belum menamakan siapa calon Perdana Menterinya. Bila hendak menamakan, itu keputusan UMNO-lah. Setahu kami, PRU bukan esok. Esok, demokrasi Malaysia masih tergendala akibat keputusan darurat. Jadi hendak buktikan majoriti di Parlimenpun tidak mampu, apatah lagi hendak PRU segera. Maka, UMNO tidak tergesa-gesa hendak menamakan calon Perdana Menteri. 

Seperkara lagi, berbeza dengan PPBM, UMNO ada ramai pemimpin berkaliber yang boleh diketengahkan bukan hanya sebagai calon suatu jawatan Perdana Menteri tetapi membarisi kepimpinan secara umumnya, baik di peringkat Persekutuan atau negeri.

Untuk PPBM, mungkin mudah sebab fikir hanya satu jawatan dan sememangnya tiada orang lain untuk jawatan itu. Sesudahnya jika dapat jawatan itu, yang lain mungkin boleh tangkap muat. Tetapi tdak untuk UMNO. Pendekatan kami berbeza.

DAKWAAN 3: AWAL DAHULU, UMNO SETUJU PN PERLU WUJUD SEBAGAI PAKATAN RASMI

Ketua Penerangan PPBM mendakwa ada keperluan membentuk PN sebagai gabungan politik rasmi kerana MN tidak berdaftar. Kemudian timbul juga dakwaan bahawa ini dipersetujui UMNO.

Sama sekali tidak benar. Setelah Kerajaan 22 bulan jatuh akibat PPBM dan sekutunya keluar, hasrat UMNO untuk pembubaran Parlimen tidak tercapai. Maka demi kelangsungan pentadbiran negara, UMNO setuju bersama membantu membentuk kerajaan baru.

Tiada nama untuk kerajaan pada waktu itu.

Tidak lama kemudian, timbul istilah “Kerajaan Perikatan Nasional” yang penjenamaannya tidak pernah dirundingpun bersama UMNO.

Tiada masalah – cuma perlu ditegaskan, UMNO tidak pernah setuju menjadi sebahagian dari “Parti Perikatan Nasional” yang didaftarkan secara mengejut.

Soal PPBM hendak masuk MN, di mana keikhlasannya untuk bersama MN kalau terus mendaftar Perikatan Nasional dan mengajak parti lain bersama?

Kalau lihat kenyataan-kenyataan awal pimpinan PPBM pada dan sebelum bulan Ogos 2020, PN hanya sebagai gagasan besar di mana MN menjadi antara tonggak utama, bersama parti lain dari Sabah atau Sarawak. Tetapi tiba-tiba sebelum PRN Sabah, Perikatan Nasional berdiri sendiri.

Maka pada waktu itu, PN bukan lagi sebagai gagasan besar tetapi menjadi parti rasmi yang didaftarkan, tanpa persetujuan UMNO.

Benar, hendak daftar PN tidak perlu persetujuan UMNO. Tetapi jangan pusing cerita konon UMNO yang mencetus masalah.

DAKWAAN 4: PUNCA KERJASAMA TERJEJAS KERANA UMNO NAK JADI ‘ABANG BESAR’ 

Siapa sebenarnya yang meratib hendak menjadi abang besar?

Agak janggal untuk PPBM menuduh UMNO hendak jadi abang besar, sedangkan mereka yang memegang jawatan besar dalam Kerajaan. Sedangkan mereka mendaftar PN yang mereka sendiri pengerusikan. Sedangkan mereka yang dengan gah dalam wawancara inipun mengatakan tiada calon Perdana Menteri lain yang bagus selain calon mereka.

Andai kata UMNO hendak lebih kehadapan dalam sebarang pakatan politik, ada rasionalnya atas sebab-sebab yang sedia maklum.

Tetapi yang jelas dominan hari ini adalah PPBM. Yang beraksi seolah-olah abang besar adalah PPBM. Maka sewajarnya mereka melihat tindak-tanduk sendiri sejak awal penubuhan Kerajaan PN lebih setahun dahulu jika mahu mengenalpasti punca keretakan kerjasama.

DAKWAAN 5: PN KENDERAAN PENYATUAN MELAYU-ISLAM

Baguslah jika PPBM sekarang hendak bercakap tentang penyatuan. Sedangkan tidak lama sebelum ini mereka benar-benar sebahagian Pakatan Harapan selama pentadbiran 22 bulan. Mungkin mereka mengharapkan rakyat lupa dan terus mensucikan mereka semata-mata hari ini bernaungkan “Perikatan Nasional”.

Selamat berpuasa.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts