POLISI NEGARA PERLU STABIL BAGI MENARIK MINAT PARA PELABUR

507
SHARES
1.6k
VIEWS

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Masalah ekonomi ni tanggungjawab kerajaan. Mai kut mana tiba-tiba ‘shift blame’ kepada pihak lain pula?

Betullah kunci kedatangan pelabur ni antaranya kestabilan. Tetapi bukan kestabilan kerajaan. Kalau itu kuncinya, maka negara Thailand, Israel, Itali dan Belgium tu dah lama bangkrap.

Kunci asas adalah KESTABILAN POLISI. Walaupun Thailand itu sendiri pernah mengalami 12 kali rampasan kuasa sejak pengenalan sistem monarki berpelembagaan pada 1932, pelaburan tetap naik.

Sebab tidak kira siapapun memerintah, baik kerajaan demokrasi atau junta tentera, polisi ekonomi Thailand tetap sama – pasaran bebas, mandiri dan export-oriented.

Ada orang kata kalau begitu kenapa pada 2020 FDI Malaysia (USD2.5 bilion) adalah lebih tinggi daripada Thailand (USD1.5 bilion). Jawapannya sebab berlaku divestment apabila konglomerat Thai beli Tesco Thailand dengan harga USD9.9 bilion. 

Dah memang itu polisinya. Mandiri. Pelabur asingpun dah faham bahawa setiap pelaburan mereka di sana akan ada potensi tinggi diambil alih oleh orang tempatan.

Benda ini bertitik tolak daripada identiti Thai itu sendiri yang bebas. Tidak bergantung kepada orang. Namapun Thai Land (Tanah Bebas)

Contoh kestabilan polisi lagi adalah apa yang berlaku semalam. Bila Tan Sri Muhyiddin umumkan Microsoft akan buat pelaburan RM4 bilion (asal RM6 bilion). Benda ini akhirnya berjalan juga sebab polisi digital hari ini yang selari dengan polisi digital pada zaman kerajaan lama.

Cuma tidak payahlah ada pihak yang ambil kredit sepenuhnya. Perancangan Microsoft ini sudah ada sejak tahun 2014 sejak zaman Dato Seri Khaled Nordin jadi Menteri Besar Johor lagi. Sebab itu dibuat KIDEX dalam Wilayah Iskandar.

Jadi kestabilan polisi adalah antara kuncinya (selain kerajaan berbelanja yang saya sebut semalam). Rujuk pautan;

https://editormalaysia.com/22525/

Kalau polisi berubah-ubah termasuk batal projek mega, tidak jelas (macam WKB 2030 yang kita tidak faham) atau buat alasan tak cerdik yang Malaysia ini selektif dalam pelaburan, maka macamana pelabur mahu datang?

Maka pelabur akan beralih arah. Mereka tidak akan berhenti. Mereka tidak peram duit bawah bantal. Mereka akan cari tempat lain sahaja.

Contoh 2017, FDI kita adalah USD13.5 bilion dan Indonesia USD4.5 bilion.

Masuk 2020, FDI kita USD2.5 bilion dan Indonesia USD18 bilion. 

Apa maknanya? Takkan tidak nampak? 

Buat polisi mesti ada kesinambungan dan hala tuju jelas. Main nama jargon macam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) atau Aspirasi Pelaburan Nasional ni apa benda faedahnya?

Kau pergi Korea dan Jepun minggu lepas bawak balik apa Jemin?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts