Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata kedudukan pertahanan negara pada ketika ini berada di tempat yang paling bawah dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara.
Menurut beliau juga perkara ini amat memalukan dan situasi tersebut berbeza dengan kedudukan Malaysia pada tahun 1970-an apabila ketika itu pertahanan negara berada di tangga teratas.
Mat Sabu turut mendakwa kedudukan negara Vietnam lebih baik berbanding Malaysia.
Masyarakat tertanya-tanya bagaimanakah Menteri Pertahanan membuat perbezaan antara setiap negara di rantau Asia yang meletakkan Malaysia di kedudukan ke 10 atau yang tercorot dalam senarai tersebut?
Adakah melalui peruntukan yang diberikan setiap tahun melalui pembentangan bajet berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ataupun melalui carian di Google ataupun Youtube sahaja?
Seorang Menteri wajar menerangkan suatu perkara yang disertakan fakta dan bukan hanya mencari perhatian atau cubaan beliau mengalihkan isu kerana akhir-akhir ini beliau sering menimbulkan kenyataan yang kontroversi yang mengundang kritikan ramai.
Antaranya adalah dengan membocorkan rahsia pertahanan negara dengan memberitahu secara terbuka mengenai jumlah jet pejuang yang mampu terbang ketika ini serta isytihar pertahanan negara berada di tangga tercorot.
Penutupan pusat Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang bertujuan membanteras golongan radikal dan ekstremis, yang diilhamkan sendiri oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta penutupan pejabat sementara pusat tersebut di Jalan Ampang.
Selain itu isu kontroversi kerajaan menarik kembali tentera Malaysia dari pakatan yang diketuai Arab Saudi untuk memerangi keganasan yang disertai oleh 34 buah negara lain, yang mendapat ucapan tahniah daripada Syiah Hezbollah yang memuji tindakan tersebut.
Berikut adalah senarai negara-negara di Asia Tenggara: