KERAJAAN PERPADUAN AMBIL BERAT KEBAJIKAN VETERAN ATM

335
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM di Wisma Perwira, hari ini. Beliau diiringi oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Panglima Angkatan Tentera Jen. Tan Sri Affendi Buang.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri memaklumkan buat julung kalinya bahawa Kerajaan Perpaduan akan mengangkat agenda skim veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpencen dan tidak berpencen pada Mesyuarat Pertama Skim Perkhidmatan dan Persaraan yang akan diadakan Isnin depan.

Sayugia, perkara itu tidak pernah dimasukkan dalam kajian semula skim perkhidmatan dan persaraan sebelum ini hatta diharap ia dapat membantu kelangsungan hidup kumpulan tersebut.

Beliau turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk turut serta memberi perhatian kepada keperluan dan kebajikan veteran ATM.

Selain itu, perkara kebajikan veteran ini juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini, yang antara lain memerlukan syarikat berkaitan untuk menyerap veteran ATM dalam program pemerkasaan yang dilaksanakan.

Insya-Allah, keperluan dan kebajikan veteran ATM tidak akan dipinggirkan oleh Kerajaan Perpaduan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts