NAJIB SOAL KE MANA PERGINYA DANA 1MDB RM33.4 BILION YANG DIKEMBALIKAN?

170
SHARES
549
VIEWS

Hari itu, kerajaan PN guna alasan hutang RM32 bilion 1MDB membebankan sebagai alasan untuk korek Tabung KWAN bernilai RM16.9 bilion.

Saya jawab serta-merta dan tunjukkan bukti bahawa satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar balik sejak PRU-14 walaupun dana sekurang-kurangnya RM33.4 bilion sudah diselesaikan atau dipulangkan.

Masih ada lagi dana akan diterima dalam penyelesaian yang masih dalam proses.

Saya juga senaraikan aset-aset 1MDB yang masih tinggal seperti 40 peratus kepentingan dalam projek Bandar Malaysia dengan GDV RM140b, 100 peratus kepentingan dalam projek TRX dan juga 8 pangkalan MINDEF yang telah dibina atau dinaiktaraf oleh 1MDB.

Maka saya tanya kerajaan, mana perginya dana RM33.4 bilion yang telah dikembalikan setakat ini? Senarai dan bukti ada di sini:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157850876830952

Adakah dana yang dikembalikan tidak dapat ringankan beban?

Adakah rizab tunai Petronas yang dinaikkan masa saya Perdana Menteri daripada RM30 bilion ke RM176 bilion untuk PH/PN jarah tidak ringankan beban?

Adakah nilai aset bersih Khazanah Nasional yang dinaikkan masa saya PerdanaMenteri  daripada RM32 bilion ke RM116 bilion untuk PH/PN jual tidak legakan beban?

Adakah nilai aset dalam tabung KWAN yang dinaikkan masa saya Perdana Menteri dari RM4.3 bilion ke RM16.9 bilion yang Perikatan Nasional sedang korek ini tidak kurangkan beban?

Adakah RM176b + RM116b +RM16.9b ini kurang daripada hutang RM32 bilion 1MDB?

Kenapa sehingga kini kerajaan PN tidak mahu jawab?

Kenapa setelah kerajaan PN belanja RM600 bilion seperti dikata PM8 dan naikkan hutang negara sebanyak RM200 bilion, baru kerajaan PN mahu guna alasan hutang 1MDB RM32 bilion itu membebankan walaupun dana diperolehi sudah cecah RM33.4 bilion dan nilai aset 1MDB ketinggalan masih cecah RM100 bilion?

Jika kerajaan PN tidak gunakan propaganda lapuk seperti sering digunakan Guan Eng sebagai alasan ‘terpaksa’ korek Tabung KWAN, saya tidak kacau.

Sebab kamu gunakan alasan itu maka saya berhak untuk bertanya sekali lagi:

Ke mana perginya dana RM33.4 bilion itu?

Adakah dana itu sudah digunakan sepenuhnya untuk tujuan lain?

Kenapa masih tidak jawab soalan mudah ini?

Kenapa tidak digunakan untuk bayar hutang 1MDB dengan sepenuhnya supaya kerajaan PN dan Jkom tidak boleh gunakan alasan negara bankrap sebab Najib dan 1MDB atau alasan hutang 1MDB membebankan?

Rujuk artikel “Penjelasan Najib mengenai realiti hutang dan aset 1MDB kepada Tengku Zafrul” di pautan;

https://editormalaysia.com/22672/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts