HUKUMAN SOP MALAYSIA CACAMARBA

411
SHARES
2.4k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA MALAYSIA

27 April 2021 | 15 Ramadhan 1442H

1. Merujuk kepada Berita Harian Online hari ini, menunjukkan dua situasi berbeza di mana Neelofa seorang artis dan usahawan yang terkenal didenda hanya RM60,000  untuk sebuah majlis perkahwinan sedangkan situasi satu lagi seorang peniaga kecil disaman RM50,000 hanya beroperasi lebih masa demi mencari rezeki.

2. Adalah sangat tidak adil, denda yang dikenakan untuk Neelofa adalah untuk 22 ORANG dengan nilai RM60,000, berbanding denda SEORANG yang mencari nafkah didenda RM50,000. Adakah kerana terdapat orang kenamaan yang ada kaitan dengan kerajaan, maka ada ‘budi bicara’ di situ?

3. Undang-undang apa yang diguna pakai oleh pihak berkuasa? Ia kelihatan seperti undang-undang cacamarba. Benar kita sekarang berada dalam fasa PKP, akan tetapi di manakah akal dan perikemanusiaan pihak berkuasa sebelum mengeluarkan saman kepada peniaga kecil tersebut?

4. Di mana keadilan untuk rakyat marhaen, adakah Malaysia kini mempunyai dua undang-undang, di mana satu untuk rakyat marhaen dan satu lagi untuk ‘kelompok kayangan’?

5. Ketidakadilan untuk rakyat ini juga adalah antara penyebab mengapa PUTRA mahukan Parlimen bersidang, agar isu-isu rakyat sebegini dibawa ke tengah dan dibahaskan.

6. PUTRA menggesa agar pihak kerajaan meneliti semula tatacara bagi mengeluarkan saman, agar ia tidak menindas rakyat di kala waktu sukar ini.

Sekian.

Oleh Ashraf Bin Rosli

Ketua Penerangan PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts