MPPK SAMBUT BAIK KEPUTUSAN BENARKAN MAHASISWA PULANG SEMPENA CUTI AIDILFITRI 2021

357
SHARES
2.1k
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

MPPK menyambut baik keputusan yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai kebenaran untuk pelajar IPT yang berada di kampus bagi pulang untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

Pengumuman ini maka sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada pelajar di kampus dan membolehkan mereka menyambut hari raya bersama keluarga, terutamanya mereka yang sudah lama tidak pulang ke kediaman masing-masing.

Sudah tentu keputusan ini adalah besar impaknya terutamanya kepada pihak pengurusan IPT dalam perihal logistik dan keselamatan mahasiswa namun kami percaya dengan pengalaman semasa Ops Hantar Pulang pada tahun lalu sudah memadai untuk setiap IPT bersiap sedia dengan lebih baik pada kali ini.

Dalam pada itu, MPPK berharap agar rakan-rakan mahasiswa terus cakna dengan pengumuman ini serta bersiap sedia secara individu untuk mengikuti SOP yang telah ditetapkan supaya tidak berlaku sebarang masalah semasa pulang ke kediaman masing-masing.

Pematuhan SOP amatlah penting semasa pergerakan pulang mahasiswa pada kali ini dan kami berharap agar semuanya akan dipermudahkan.

Dengan kesempatan ini, MPPK mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pihak KPT, MKN dan setiap IPT atas kecaknaan terhadap situasi pelajar dan kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan selagi mana kita masih memerangi COVID-19.

Sekian, terima kasih

Memartabat Mahasiswa Malaysia

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts