APA ‘MORAL STANDING’ PPBM UNTUK TERUS MEMERINTAH?

124
SHARES
401
VIEWS

Ketua Penerangan PBBM Datuk Wan Saiful dakwa Najib tidak ada ‘moral standing‘ untuk menegur kerajaan hari ini.

Kalau begitu, apakah PPBM ada ‘moral standing’ untuk memerintah dan terus jadi kerajaan?

Terbaru ialah pendedahan Hamid Bador. Dia tuduh Menteri dari PPBM melakukan banyak campur tangan politik dalam urusan PDRM.

Bahkan Hamid mendedahkan isu katak dalam PPBM. Dia dakwa isu katak babitkan soal rasuah. Hamid yakin, sebab itu dia minta SPRM siasat.

Lagipun apa moral standing PPBM untuk terus jadi kerajaan? Majoriti kerajaan hari ini jadi tanda tanya.

Kalau ada moral buat segera sidang Parlimen. Biar Parlimen tentukan majoriti sebenar kerajaan pimpinan PPBM.

Ini belum lagi menyebut kegagalan Kerajaan PN dalam memerangi CIVID-19, memulihkan ekonomi dan mengatasi masalah rakyat yang kehilangan pekerjaan.

Apakah Najib tidak ada moral standing untuk menegur kerajaan hari ini yang gagal tarik pelabur asing dan kehabisan duit kerana tidak teruskan GST?

Apatah lagi Kerajaan PN terus meningkatkan hutang negara, jual aset dan ambil duit Kumpulan Amanah Wang Negara (KWAN).

Sebab itu UMNO tarik diri daripada Kerajaan PN.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts