ARAB SAUDI, UAE DAN OMAN SEPAKAT MENGUTUK CUBAAN ISRAEL USIR WARGA PALESTIN DI BAITUL MAQDIS

522
SHARES
1.7k
VIEWS

Arab Saudi mengecam rancangan Israel untuk mengusir keluarga Palestin daripada kediaman mereka di Baitul Maqdis di tengah-tengah keganasan yang memuncak di bandar itu semalam. 

Israel memperkuat operasi keselamatannya bermula semalam setelah berlakunya pertempuran pada malam Jumaat, yang menyaksikan lebih 200 rakyat Palestin cedera.

Polis anti keganasan melepaskan peluru getah, gas pemedih mata dan bom tangan ke arah penduduk Palestin sehingga di dalam Masjid Al-Aqsa, di mana sekumpulan jemaah termasuk wanita dan kanak-kanak sedang bersolat pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadan.

Pertembungan yang berlaku di tanah suci ketiga bagi umat Islam serta sekitar Baitul Maqdis Timur berlaku di tengah-tengah kemarahan yang semakin meningkat terhadap pengusiran yang dirancang.

Arab Saudi menolak rancangan dan langkah Israel untuk mengusir puluhan keluarga warga Palestin daripada kediaman sendiri di Baitul Maqdis dan memaksakan kedaulatan Israel ke atas mereka,” – kenyataan rasmi Kementerian Luar Arab Saudi.

UAE yang ‘menormalkan’ hubungan dengan Israel tahun lepas juga mengutuk keras pengusiran tersebut. Menteri Luar Negeri, Khalifa Al-Marar, mendesak pihak berkuasa Israel untuk “memikul tanggungjawab mereka – sesuai dengan undang-undang antarabangsa – untuk memberikan perlindungan yang diperlukan terhadap hak orang awam Palestin untuk mempraktikkan agama mereka, dan untuk mencegah praktik yang melanggar kesucian Masjid Al-Aqsa.”

Oman juga mengatakan negara tersebut menolak  sebarang tindakan untuk mengusir rakyat Palestin daripada kediaman mereka di kota tersebut dan pemerintah Oman menegaskan kembali “pendiriannya yang tegas dalam mendukung hak yang sah untuk mendirikan sebuah negara Palestin yang merdeka di perbatasan 1967, dengan Baitul Madis Timur sebagai ibu kotanya.”

Ketika ketegangan meningkat bermula semalam apabila polis Israel membuat sekatan jalan raya di berdekatan kampung Abu Ghish ke Baitul Maqdis untuk menghentikan warga Palestin yang menuju ke Al-Aqsa.

Pertengkaran berlaku dan polis Israel mula bertindak melepaskan bom tangan yang mencetuskan ketegangan. 

Ketika rakyat Palestin meninggalkan bas mereka dan mula berjalan sejauh 20 km ke Al-Aqsa, penduduk tempatan menghulurkan bantuan dengan menjemput mereka menggunakan kenderaan persendirian.

Pertembungan larut malam di ibu Kota suci tersebut menyusul ketegangan di kawasan Sheikh Jarrah, apabila pihak berkuasa Israel berusaha mengusir seluruh masyarakat Palestin dan menyerahkan kediaman mereka kepada peneroka haram Yahudi.

Majlis Wakaf, Jordan, AS, EU, dan negara-negara Eropah serta Arab mengeluarkan kenyataan yang mengecam keganasan yang di bandar tersebut. Amerika Syarikat seperti biasa beretorik meminta semua pihak untuk menghindari tindakan yang boleh merosakkan perbincangan penyelesaian fasa akhir antara Israel dan Palestin.

Sebagai rekod Resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB sebelum ini menganggap semua penempatan haram yahudi sebagai tidak sah namun Israel dilihat kenal tanpa ada apa-apa tekanan diberikan hatta oleh Amerika Syarikat sendiri. 

Apa yang terjadi pada malam Jumaat tidak dapat dimaafkan. Melanggar kesucian masjid selama 10 hari suci Ramadan adalah haram dan pelanggaran jelas terhadap hak untuk beribadah. Statusnya mesti dilindungi.” – Wasfi Kailani, Pengarah Eksekutif Dana Hashemite untuk pembinaan semula Masjid Al-Aqsa. 

Kailani berkata pasukan Israel bukan hanya melanggar ketenangan jemaah beribadat di malam-malam terakhir Ramadan tetapi juga menghancurkan harta benda masjid, termasuk klinik yang berdekatan. 

Hijazi Risheq, Ketua Jawatankuasa Pedagang Baitul Maqdis, mengatakan serangan oleh Israel bertujuan untuk mengintimidasi rakyat Palestin berikutan ancaman oleh pelampau Yahudi daripada penyusupan besar-besaran ke Al-Aqsa sejak Isnin lepas yang digelar sebagai “Hari Jerusalem.”

Namun, rakyat Palestin terutama di Baitul Madis kini tidak lagi takut dengan tentera Israel atau penjara mereka,” katanya. Risheq turut meminta negara-negara Arab dan Islam lain di seluruh dunia untuk sama-sama bersolidariti membantu rakyat Palestin mempertahankan masjid suci ketiga umat Islam tersebut.

Dipetik daripada portal berita rasmi Arabnews

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts