HAJI HADI BERI AMARAN KEPADA PENJAWAT AWAM, BERHENTI JIKA TIDAK SOKONG KERAJAAN

402
SHARES
2.4k
VIEWS

Oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Sudah jelas bahawa pemimpin-pemimpin PAS sudahpun merasa selesa berada dalam kerajaan, iaitu dalam lain perkataan, sudah menjadi sebahagian pemerintah atau ‘establishment‘.

Bukan sahaja mereka bersuara sebagai menteri tetapi juga bersungguh-sungguh sanggup menyerang pemimpin UMNO-BN seperti Datuk Seri Najib apabila dianggap mendesak dan menyusahkan kerajaan Perikatan Nasional. 

Ahli Parlimen PAS sanggup menyifatkan hujahan DS Najib untuk meminta KWSP memudahkan lagi i-Sinar sebagai hikayat Puteri Gunung Ledang. Namun, keghairahan Ahli Parlimen itu menjadi sia-sia sahaja apabila dalam penuh kebijaksanaan, KWSP akhirnya bersetuju dengan saranan DS Najib.

Selepas itu, Dewan Ulama PAS pula menegur penulisan DS Najib dalam Facebook. Ia berbentuk pembelaan secara terang-terangan terhadap usaha kerajaan Perikatan Nasional berdepan dengan wabak COVID 19.

Daripada pembelaan oleh seorang Ahli Parlimen PAS hingga melibatkan Dewan Ulamanya, PAS memang bersungguh-sungguh berlagak sebagai pemerintah atau ‘establishment‘ PN.

Apatah lagi apabila yang terkini, Presiden PAS sendiri memberi amaran yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin PN.

Mahupun TS Muhyiddin sendiri.

Ataupun Azmin Ali.

Ataupun Hamzah Zainuddin sendiri.

Hanya Haji Hadi dengan tegas memberi amaran kepada mana-mana pegawai awam yang tidak sokong PN patut berhenti.

Jelas benar pemimpin-pemimpin PAS sudah sebati dengan ‘establishment‘ atau pemerintah Perikatan Nasional. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts