KENAPA RAMAI KECEWA TIADA ‘TOTAL LOCKDOWN’?

380
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

1. Dengan peningkatan kes Covid-19 yang kian parah, rakyat lebih rela ‘total lockdown’ untuk tempoh 14 hingga 21 hari berbanding berdepan dengan situasi PKP berulang kali bagaikan tiada kesudahan.

2. Data dan sains juga menunjukkan kilang-kilang milik tauke dan MNC penyumbang terbesar hingga 50 peratus penularan wabak Covid-19, tetapi terus dibenarkan beroperasi sedangkan peniaga kecil, penjaja, pengusaha kantin, pekerja gaji hari dan lain-lain berhadapan situasi ‘buka-tutup’ tiada penghujung.

3. Tiada jaminan penularan Covid-19 dapat dikekang sekiranya kilang-kilang tetap beroperasi walau PKP diperketatkan. Realitinya, pekerja-pekerja kilang bukan tinggal dalam kompaun kilang. Mereka tinggal dalam komuniti, membeli belah di pasaraya sama dengan masyarakat lainnya. Contoh di kawasan saya tinggal di Petaling Jaya, pekerja kilang tinggal di flat-flat dan membeli belah di Giant, Tesco serta pasaraya Bintang seperti orang lain.

4. Persepsi rakyat terhadap kerajaan hari ini terlalu hendak menjaga hati tauke-tauke besar dan para kapitalis yang berorientasikan memaksimumkan keuntungan berbanding rakyat marhaen.

5. Tiada pengumuman sebarang bentuk bantuan khas, seperti i-Sinar 2.0, lanjutan i-Lestari ataupun moratorium di kala rakyat dihimpit kesulitan dan sudahpun mulai terdesak akibat PKP separuh masak dan ‘buka-tutup’ berlanjutan.

6. Suasana krisis pandemik yang luar biasa hari ini tidak boleh memenuhi semua perkara dalam satu masa. Utamakan yang perlu diutamakan. Nyawa lebih mustahak daripada ekonomi. Selamat nyawa selamat ekonomi.

7. Lebih baik kita utamakan untuk menangani Covid-19 sehingga ke tahap sangat minimum daripada berterusan mengenakan perintah PKP ‘separuh masak’ yang lebih menyukarkan usaha memulihkan ekonomi untuk jangka masa panjang.

Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi meminta Kerajaan menilai semula keputusan yang diambil kelmarin untuk tidak mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan secara total lockdown sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts