Kenapa sebelum ini rambutan meraih sokongan melebihi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin? Rambutan memperoleh 95.9 peratus sokongan berbanding Muhyiddin yang hanya menerima 4.1 peratus sokongan melalui 30,813 undian keseluruhan.
Rujuk artikel “Rambutan lebih popular berbanding Muhyiddin” di pautan; https://editormalaysia.com/22898/
Hakikatnya perkara ini berlaku kerana kerajaan hari ini dilihat gagal segagalnya oleh rakyat dan kerana itulah mereka lebih rela memilih rambutan berbanding Muhyiddin sendiri.
Selain kegagalan menangani pandemik Covid-19 yang kini semakin melonjak, pemberian vaksin yang perlahan serta gagal membawa pelaburan masuk dan lewat memberikan bantuan segera kepada rakyat dan peniaga-peniaga yang terkesan, Perikatan Nasional turut ‘memandulkan’ demokrasi dengan tidak membenarkan Sidang Parlimen dilakukan.
Mereka juga tidak undo apa sahaja yang dibuat oleh Pakatan Harapan sebelum ini terutamanya dalam isu Tabung Haji dan arwah Adib – di mana pasti akan dibayar dengan harga yang mahal oleh Perikatan Nasional di PRU-15 kelak.
Kegagalan mereka dalam pelbagai isu inilah yang membuatkan rakyat sakit hati dan marah serta memberi isyarat tidak akan menyokong Perikatan Nasional dan sebarang parti yang bekerjasama dengannya.
Perkara ini juga pasti akan diambil kesempatan oleh Pakatan Harapan dengan memainkan naratif seburuk-buruk gabungan mereka sekalipun tetapi demokrasi melalui Parlimen tetap akan diteruskan. Jika mereka yang menggantung Parlimen ketika ini tentunya Perikatan Nasional sendiri akan ‘menyalak’ tidak bersetuju dan berkata Pakatan Harapan gagal.
Isu yang sama kini dimainkan oleh mereka yang sepatutnya dielakkan oleh UMNO agar tidak terpalit dan turut ditolak oleh rakyat yang semakin geram.
Buat pengetahuan UMNO, rakyat yang dahulu menolak Pakatan Harapan dan kini kecewa pula dengan Perikatan Nasional, hanya mengharapkan UMNO sebagai satu-satunya parti yang akan membetulkan keadaan, ‘undo‘ apa yang tidak sepatutnya berlaku dan membela rakyat.
UMNO wajar menonjol sebagai parti alternatif yang menawarkan rakyatnya untuk undo segala-gala yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional (yang dlilihat sama sahaja seperti Pakatan Harapan).
Seperti mana gesaan dan nasihat yang selalu dibuat oleh Ku Li yang juga merupakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO agar UMNO tidak terpalit lagi dengan segala kegagalan Perikatan Nasional.
“Awal-awal lagi saya telah beri pandangan supaya kita (UMNO) tarik diri daripada sebarang bentuk kerjasama dengan Bersatu kerana kita terpalit dengan apa yang dilakukan oleh Perikatan Nasional, yang beria-ia hendak memecah belah dan bunuh kita.“
“Dari mula lagi saya tidak setuju kita sokong pimpinan Bersatu memimpin Kerajaan Pusat atas banyak sebab apatah lagi parti kita adalah parti tertua dan terbesar di luar dan di dalam Parlimen.”
“Saya menjangka hubungan ini tetap menimbulkan banyak masalah dan merugikan orang Melayu.“
Justeru jika hubungan berterusan ini hanya merugikan UMNO maka adalah lebih baik segera menarik diri agar tidak turut ditolak oleh rakyat yang semakin geram dan meluat dengan apa yang berlaku di bawah pemerintahan Perikatan Nasional.