TIGA CARA PASTIKAN SEKTOR NON ESSENTIAL TIDAK MOHON UNTUK BEROPERASI

543
SHARES
3.2k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

128,150 syarikat dan 1.57 juta pekerja dibenarkan untuk bekerja sepanjang tempoh lockdown. Kebanyakkannya dalam sektor pembuatan (kilang) yang merupakan penyumbang terbesar kluster COVID.

Ada yang bagi alasan, Menteri MITI tidak mampu halang kalau ada yang hendak pohon. Jadi bila terlalu banyak, maka biasalah ada kilang atau syarikat non essential yang terlepas dapat surat kebenaran beroperasi.

Jadi bagaimana hendak pastikan bahawa sektor non essential ini tidak akan pohon?

Ada 3 cara. 

Pertama, umumkan bahawa subsidi gaji tidak akan diberi kepada kilang yang dibenarkan beroperasi. Kalau boleh beroperasi, maknanya kilang ada pendapatan dan boleh bayar gaji. Jadi buat apa bagi subsidi gaji lagi?

Sebaliknya lebihan peruntukan itu boleh digunakan untuk tambah amaun insentif kepada syarikat dan pekerja yang berkorban duduk di rumah.

Sekarang ini kilang galak hendak buka juga sebab mereka tahu sebahagian kos operasi akan diserap oleh kerajaan. Jadi, buat apa hendak tutup?

Kedua, buat talian whistleblower bagi pekerja yang melaporkan kesalahan SOP kilang. Yang langgar SOP, kerajaan denda dan tutup terus kilang mereka sepanjang tempoh PKP.

Jangan jadi macam whistleblower warga Bangladesh yang dihantar pulang majikan selepas bocorkan gambar sebuah kilang produk getah yang langgar SOP. Kilang kena denda. Tetapi kawan itu hilang kerja. 

Pekerja kilang bukannya reda sangat bekerja dalam keadaan langgar SOP. Tetapi lebih baik ambil risiko Covid-19 daripada melihat anak dan isteri di rumah tidak makan nasi. 

Apabila majikan merasakan susah hendak ‘mengelat’ daripada mematuhi SOP, mereka tidak akan pohon untuk beroperasi.

Ketiga, gubal Ordinan Darurat dan masukkan Windfall Tax. Windfall Tax ini adalah “cukai durian runtuh” yang akan dikenakan secara one off berdasarkan situasi luar biasa.

Punca kenapa banyak kilang masih mahu beroperasi adalah kerana mereka mahu memonopoli pasaran ketika pesaing lain tidak ada. Apabila berlaku monopoli, maka keuntunganpun akan luar biasa.

Sektor pembuatan contohnya tumbuh melebihi 6 peratus pada suku pertama tahun ini kerana permintaan negara luar yang sudah hampir bebas daripada Covid-19. 

Dengan Windfall Tax, apa guna ada keuntungan luar biasa kalau akhirnya terpaksa dikongsi dengan kerajaan pula?

Kutipan itu kerajaan boleh guna untuk buat pembelian vaksin. Tidak perlu korek tabung KWAN lagi.

Nampak? Kenapa susah-susah hendak tapis kalau kerajaan boleh cipta halangan untuk tidak galakkan pendaftaran daripada awal?

Matlamat utama kita adalah untuk pastikan sistem kesihatan tidak lumpuh. Maka kena berkorban bersama-sama. 

Ini bukan masalah menteri sukar hendak tapis. Tetapi ini masalah menteri sukar hendak pakai otak. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts