KINI REDZUAN KECEWA DENGAN MUHYIDDIN?

283
SHARES
913
VIEWS

Dipinggirkan daripada mesyuarat MKN, menegur cara membawa masuk dan pengendalian vaksin, mengkritik cara kelulusan NPRA bagi vaksin yang dilihatnya tidak konsisten serta kecewa dengan pelaksanaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega yang menurutnya membazir, merupakan antara perkara yang membuatkan beliau kecewa. 

Begitulah luahan hati Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Mohd Redzuan Md Yusof yang mendakwa kini beliau tidak lagi diundang ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedangkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berada di bawah portfolionya. 

Kini beliau lantang mengkritik kerajaan berkaitan dengan program vaksinasi setelah diketepikan daripada mesyuarat MKN yang menurutnya dibuat kerana beliau lebih ‘junior’ berbanding menteri-menteri yang lain. 

Walaupun Redzuan mengaku bahawa adalah menjadi hak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  untuk memutuskan siapa sahaja yang beliau rasakan layak untuk terlibat dalam proses membuat keputusan, namun Redzuan tetap berasa kecewa.

Kini saya bukan anggota MKN. Dahulunya anggota MKN. Saya tak tahu apa yang berlaku. Kali terakhir saya bersama MKN adalah sebelum Hari Raya (Aidilfitri).” 

Kalau tengok susunan gazet tu sendiri ya, saya yang sepatutnya mengawasi.” 

Tetapi itu terpulang kuasa PM. Kalau nak menguruskan bencana ada cara-cara tertentu atas kebolehan seseorang.” 

Tetapi kalau PM tidak nampak Nadma menguruskan becana, kenapa letakkan di bawah tugas-tugas khas?” soal Redzuan yang kecewa dengan keputusan Muhyiddin mengenepikan beliau.

Kasihan Redzuan, jika sudah kecewa dengan Muhyiddin yang melantiknya ke jawatan Menteri Tugas-tugas Khas yang kini mengenepikan beliau, kepada siapakah beliau ingin mengadu selepas ini?

Ataupun sebagai ‘hint‘ untuk mencari tempat berpaut baharu sekiranya Perikatan Nasional ditolak rakyat kelak.

Apapun syabas kepada Redzuan kerana berani dan jujur mengaku kerajaan sememangnya gagal dalam mengendalikan pandemik Covid-19 ini dengan berkesan sehingga terpaksa meluahkan perasaannya.

Rujuk artikel penuh luahan hatinya di pautan berikut;

https://m.malaysiakini.com/news/578265

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts