TANGAN GHAIB DI MELAKA?

441
SHARES
2.6k
VIEWS

SURAT PEMBACA I Isu panas sedang melanda bumi Hang Tuah. Bukan soal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau isu vaksin tetapi lebih panas daripada itu.

Apa yang sebenarnya terjadi?

Para pejawat awam di Melaka heboh berbicara mengenai nasib seorang pegawai kanan di pejabat Ketua Menteri Melaka.

Secara tiba-tiba beliau diarah bertukar dalam masa tiga hari tanpa sebab dan alasan. Kedudukan pegawai kanan itu tergantung tanpa jawatan baharu, yang mencetuskan simpati ramai.

Khabarnya arahan pertukaran itu dilakukan tanpa pengetahuan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali.

Timbul pertanyaan. Adakah wujud tangan ghaib politik yang mengatur urusan dan hal ehwal pejabat Ketua Menteri?

Bagaimana ini boleh terjadi?

Sedangkan perkhidmatan awam termasuk di Melaka terikat dengan peraturan dan terma yang perlu dipatuhi.

Apakah norma baharu meresap dalam pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri?

Hanya mereka yang terlibat boleh menjawab isu ini.

-Anak Melaka

Bandar Hilir

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts