TUBUH RCI TABUNG HAJI TETAPI KENAPA TIDAK MAHU SIASAT APA YANG DILAKUKAN PAKATAN HARAPAN?

448
SHARES
2.6k
VIEWS

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Kerajaan akhirnya umum penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji. Maka ada pihak yang bersorak, inilah bagusnya bila UMNO kekal dalam kerajaan dan dapat jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

Sebelum bersorak tu, cuba baca elok-elok kenyataan media yang tersebar.

Disebutkan bahawa, kerajaan akan tubuh RCI tetapi skopnya TIDAK TERMASUK siasatan atau semakan ke atas Pelan Pemulihan Tabung Haji yang telah dimulakan pada zaman Pakatan Harapan. 

Apa maksudnya? Maksudnya;

1. Tiada siasatan ke atas penjualan lambak aset Tabung Haji termasuk hotel -hotel dan tanah berharga TRX di Kuala Lumpur

2. Tiada siasatan ke atas tindakan penjualan aset TH bernilai RM27.56 bilion secara hutang tetapi tiada jaminan kerajaan

3. Tiada siasatan bagaimana UJSB mampu membayar hutang RM27.56 bilion Tabung Haji dalam tempoh 9 tahun sedangkan rekod Parlimen menunjukkan UJSB hanya memperoleh pendapatan RM234 juta bagi tahun 2019 (selepas mengambil alih aset TH)

4. Tiada siasatan bagaimana UJSB mampu membayar hutang RM27.56 bilion sedangkan nilai saksama aset yang dimiliki UJSB hanyalah RM10.33 bilion sahaja pada tahun 2019. Macamana hendak ‘cekau’ baki RM17 bilion lagi dalam masa 7-8 tahun ini untuk bayar hutang kepada Tabung Haji?

5. Tiada siasatan ke atas teguran Ketua Audit Negara (KAN) bahawa beliau tidak pasti adakah Tabung Haji akan dapat memperoleh RM27.56 bilion tersebut mengikut masa yang ditetapkan. 

Inilah faktor sebenar kita meminta RCI Tabung Haji. Selain daripada kita mahukan agar tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh PH ke atas pengurusan lama dapat diselesaikan dengan jelas.

Tetapi kalau skop siasatan daripada awalpun sudah tidak memasukkan perbuatan- perbuatan PH ke atas TH, apakah masih kita boleh mengharapkan keadilan kepada semua?

Atau Perikatan Nasional ini memang sebenarnya ditubuhkan bagi menutup kelemahan-kelemahan kerajaan lama?

Menteri-Menteri UMNO dan PAS ini nak sedar bila?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts