• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, June 4, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ORDINAN DARURAT DIBATALKAN PADA 21 JULAI, APA LAGI HELAH KERAJAAN?

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
July 26, 2021
in Ulasan, Utama
0
ORDINAN DARURAT DIBATALKAN PADA 21 JULAI, APA LAGI HELAH KERAJAAN?
31
SHARES
347
VIEWS

Satu negara dikejutkan hari ini apabila Menteri Undang-undang maklumkan bahawa Ordinan-ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai 2021 secara tiba-tiba.

Ia juga mengundang persoalan iaitu apa sahaja yang dilakukan selepas tarikh tersebut sehingga ke hari ini adalah tidak sah, terbatal dan boleh dipertikaikan.

Ia bukan sahaja mengelirukan Ahli Parlimen yang mendengarnya di dalam dewan, malah pengamal undang-undang sendiri turut mula mempersoal apa tujuan kerajaan secara tiba-tiba memberi makluman bahawa darurat telah tamat 5 hari sebelumnya tanpa ada sesiapapun yang tahu.

Bahkan persoalan lebih penting, kenapa seolah-olah ingin mempermainkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang bertitah agar Ordinan-ordinan ini dibahaskan dalam Sidang Parlimen?

Adakah baginda telah dimaklumkan hal ini terlebih dahulu kerana semakan di laman Facebook rasmi Istana Negara tiada memperincikan hal sebesar ini?

Adakah tindakan yang boleh disifatkan menderhaka ini dibuat kerana takut ia dibahas dan diadakan undian? Adakah kerajaan khuatir mereka akan kalah dalam undian tersebut, sekaligus menunjukkan Perdana Menteri dan kerajaannya sudah kehilangan sokongan?

Bukankah portal pro kerajaan sudah memainkan naratif bahawa DAP akan menyokong mereka secara Confident And Supply Agreement (CSA) justeru apa yang mereka takutkan sangat?

Rujuk berita “Jajaran baharu antara PN dan DAP?” di pautan;

https://editormalaysia.com/23471/

Rakyat melihat perkara ini sebagai amat melampau dan keterlaluan. Demi mengekalkan kuasa (baca: takut kehilangan kuasa) kerajaan sanggup melakukan apa sahaja hatta membelakangkan undang-undang dan demokrasi termasuk menderhaka titah YDP Agong. 

Rakyat ternanti-nanti apakah kejutan lagi selepas ini yang akan diumumkan oleh Perikatan Nasional? Mungkin akan ada lagi tindakan melampau, merepek dan tidak masuk akal yang dilakukan demi ‘memegang’ secebis kuasa yang masih tersisa. 

Namun apa yang pasti, satu negara tidak akan terkejut jika Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menitahkan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin meletakkan jawatan (yang mungkin akan dibuat diam-diam), atau jika Mahiaddin masih ada sedikit lagi rasa malu, berundur sahaja sebelum beliau dimalukan. Semoga YDP Agong mendengar keluhan rakyat yang serik mempunyai Perdana Menteri sebegini. 

Sungguhpun begitu, jika tidak berlaku seperti yang diharapkan rakyat, maka bolehlah diandaikan bahawa Perikatan Nasional tidak akan wujud lagi selepas PRU-15 kerana rakyat pasti akan membalasnya.

Malah Bersatu sendiri juga sudah boleh menempah nisan dan bersedialah untuk ‘dikuburkan’ selama-lamanya tidak lama lagi.

Cukup-cukuplah cuba mempermainkan istana dan membodohkan rakyat. 

Tags: DaruratMuhyiddinPerdana MenteriTakiyuddinYDP Agong
Previous Post

MENANTI PM BERUNDUR DAN KABINET MOHON MAAF, ISU SYED SADDIQ SERTA POPULARITI NAJIB

Next Post

KERAJAAN “TIDAK FAHAM BAHASA” UNTUK JUNJUNG TITAH YDP AGONG

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

KENAPA TUN MAHATHIR BERIYA MAHU KEMBALI BERSAMA MAHIADDIN?

KENAPA TUN MAHATHIR BERIYA MAHU KEMBALI BERSAMA MAHIADDIN?

June 3, 2023
NARATIF KERAJAAN BAKAL BERTUKAR SEMAKIN MENYUKARKAN RAKYAT

NARATIF KERAJAAN BAKAL BERTUKAR SEMAKIN MENYUKARKAN RAKYAT

May 29, 2023
KEWAJIPAN MENTAATI ULIL AMRI – DR. RAMALAN YUNUS

KEWAJIPAN MENTAATI ULIL AMRI – DR. RAMALAN YUNUS

May 27, 2023
PRN 6 NEGERI: PERIKATAN NASIONAL MULA ‘TEKAN’ ZAHID

PRN 6 NEGERI: PERIKATAN NASIONAL MULA ‘TEKAN’ ZAHID

May 24, 2023
ANAK BEKAS PERDANA MENTERI DIPANGGIL SPRM BANTU SIASATAN

ANAK BEKAS PERDANA MENTERI DIPANGGIL SPRM BANTU SIASATAN

May 23, 2023
UNDI KERAJAAN PERPADUAN: BIMBANG DISALAH TAFSIR, TIMBUL PERSEPSI NEGATIF

UNDI KERAJAAN PERPADUAN: BIMBANG DISALAH TAFSIR, TIMBUL PERSEPSI NEGATIF

May 23, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In