PUAD: STANDARD TUDUHAN LIM GUAN ENG

350
SHARES
2.1k
VIEWS

STANDARD LIM GUAN ENG IALAH TUDUH DULU SIASAT KEMUDIAN ATAU TUDUH SAHAJA, SIASATAN TIADA

Mohd. Puad Zarkashi

12.8.2018

1. Semalam Lim Guan Eng umum, siasatan dalaman mengenai duit refund GST RM19.4bilion yang dakwa dirompak oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan siap tidak lama lagi.

Tuduh dulu baru siasat? Itulah standard Lim Guan Eng. Itu pun mengelabah buat siasatan setelah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Siregar membuat penjelasan balas, kemudian buat laporan Polis dan buat laporan SPRM

2. Berdasarkan penjelasan Ketua Pengarah Kastam, kali terakhir Akaun Amanah menerima duit refund GST ialah pada 31 Mei 2018.

Justeru soalan khas untuk Lim Guan Eng, berapakah baki duit refund GST dalam akaun consolidated pada 31 Mei 2018?

Kalau ada, sebenarnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang merompaknya kerana dibelanjakan untuk perkara lain. Maklumlah 3 bulan selepas memerintah, Kerajaan PH kekeringan duit kerana GST sifar. Maka terpaksalah merompak

3. Justeru, masalah sebenarnya ialah Lim Guan Eng. Kerap buat tuduhan melulu. Khabarnya tidak dibenarkan masuk ke negara China kerana negara itu tersinggung dengan tuduhan penyelewengan projek kerjasama pemasangan saluran paip RM9.41bilion di Sabah dan Melaka.

Projek G to G itu dilaksanakan oleh anak syarikat kepada China National Petroleum  Corporation (milik kerajaan China).

4. Sebagai balasan Kerajaan China setuju mengimport barangan Malaysia selama 5 tahun bernilai USD2trilion. Ini termasuk pelaburan bernilai RM50 Bilion dan tambahan pembelian minyak kelapa sawit.

5. Itulah standard Lim Guan Eng. Buat tuduhan, tetapi tiada siasatan. Atau tuduh dulu siasat kemudian.

Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.

Jahanam ekonomi negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts