100 HARI TAHLIL UMNO: APA YANG UTUSAN CUBA SAMPAIKAN?

530
SHARES
1.7k
VIEWS

Mingguan Malaysia bertarikh 12 Ogos mencipta sejarah dengan menggunakan tajuk artikel yang mencipta konotasi negatif buat UMNO, mungkin yang pertama kalinya dalam sejarah memberi malu kepada pihak Utusan dan UMNO sendiri.

Dengan tajuk ‘100 Hari Tahlil UMNO’ memberi maksud sudah 100 hari UMNO menjadi arwah dan berkubur.

Sebagai akhbar milik UMNO, Kumpulan Utusan sewajarnya mengekalkan halatuju dan bukannya mencipta persepsi negatif untuk akhbarnya sendiri seperti yang dapat dilihat melalui ruangan ‘Ada-ada Saja’ oleh Awang Selamat yang kini diterajui oleh penulis baharu.

Percubaan Awang Selamat membuat impak, dengan mencipta persepsi negatif buat akhbarnya sendiri, secara sengaja ataupun tidak, akan lebih membuka ruang kritikan buat UMNO.

Di manakah Ketua Pengarang atau Editor Mingguan Malaysia? Walaupun bukan semua tajuk dan artikel mampu disemak oleh mereka namun bukankah menjadi tanggungjawab setiap penulis di Utusan untuk mendokong halatuju UMNO sendiri?

Tidak kira siapapun penulis di belakangnya, ruangan Awang Selamat sebelum ini yang menggunakan tajuk ‘Analisis Mingguan’ dan bertukar tajuk kepada ‘Ada-ada Saja’, kini kelihatan seperti ‘Mengada-ngada Saja’.

Adakah motto terkini beliau iaitu ‘Wajah Baharu, Orang Baharu dan Cara Baharu’ ini bermakna tiada masalah jika imej UMNO dirosakkan?

Selain itu, Awang Selamat juga menghentam bekas Perdana Menteri, senada dengan beberapa tindakan pemimpin UMNO sebelum ini seperti Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang gagal dibendung oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang hanya berani ‘menegur manja’.

Ataupun adakah ini gerakan terancang yang mendapat restu daripada Presiden UMNO sendiri kerana kini Utusanpun memainkan irama yang sama?

Jika beginilah sikap pemimpin UMNO dan kini lidah rasminya, maaf cakap, tidak lama lagi pasti UMNO benar-benar menjadi arwah dan akan ditahlilkan.

Syabas Awang Selamat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts