KEABSAHAN JAWATAN PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN PN

680
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA

4 Ogos 2021 | 25 Zulhijjah 1442H 

1. Sewajarnya kita selaku rakyat tidak perlu membuat apa-apa spekulasi mengenai sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen kepada Perdana Menteri yang ke-8.

2. Beliau mendakwa masih mempunyai sokongan majoriti dengan alasan hanya 8 Ahli Parlimen UMNO sahaja yang menarik sokongan terhadap kepimpinannya.

3. Sekarang ini, rakyat diminta bersabar dan menunggu KENYATAAN RASMI ISTANA NEGARA bahawa benar atau tidak Perdana Menteri sekarang masih ada sokongan majoriti atau tidak dan apakah pihak Istana turut perkenan usul percaya atau tidak percaya untuk dibuat pada Sidang Parlimen bulan September nanti.

4. Kalau benar-benar ada majoriti kenapa tunggu September? Sepatutnya dibuat dalam bulan Ogos ini juga. Ini baru gentleman, telus dan ikhlas.

5. Nampaknya kemelut politik negara tidak akan reda. Tunggu 2 bulan lagipun, belum tentu. Mungkin ditangguhkan lagi atau entah apa lagi akan jadi. Adakah bercadang mahu bubar Dewan Rakyat? PRU-15 masih belum boleh diadakan kerana pandemik Covid-19. So what is the game? Biar politik negara bercelaru asal boleh hold on the power as long as i can? Aku dulu, rakyat kemudian? Tetapi mereka cakap “aku tak penting jawatan” kata orang politik. 

6. PUTRA menyarankan kita semua bertenang dan tunggu kebijaksanaan DYMM Tuanku Agong menyelesai isu kepimpinan negara serta kita rakyat Malaysia tegas taat setia kepada Ketua dan Payung Negara.

PRINSIP RUKUN NEGARA ADALAH AMALAN RAKYAT MALAYSIA

DAULAT TUANKU

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA Malaysia 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts