MIC, MCA SUDAH BOLEH BUNGKUS IKAT TEPI

314
SHARES
1k
VIEWS

Bukan main selera MIC bercakap semasa sidang akhbar tadi. M. Saravanan – Ahli Parlimen Tapah melepaskan geram dengan mempersoalkan halatuju Barisan Nasional.

Konon MIC menang atas tiket BN, maka itu tidak perlu ikut UMNO. MIC perasan mereka ada sokongan akar umbi yang kuat.

Tetapi Saravanan lupa, yang mengundi beliau semasa PRU lalu adalah pengundi UMNO yang setia dengan BN. Maka kerana itu beliau menang!

Jika hendak harap MIC, kita boleh bayangkan macamana keadaannya. Jentera BN Tapah bergantung sepenuhnya kepada jentera UMNO.

Bukan mahu mengungkit, hanya mengingatkan Saravanan sahaja. Di saat parti Mahiaddin bersama menggunakan logo PKR, jentera UMNO yang mempertahankan beliau.

Sekarang muka tidak malu mempertahankan Mahiaddin. Sama juga dengan Presiden MIC. Bekas YDP Dewan Negara yang tiada apa-apa ‘weight‘ tetapi telah mendapat keistimewaan tersebut.

Begitu juga MCA. Wee Ka Siong agak cerdik dalam hal ini. Kenyataannya adalah kenyataan selamat. MCA cuba berpaut di dahan dengan mengikut arus.

Di Simpang Renggam, yang memenangkan beliau ialah UMNO. Yang bekerja untuk beliau juga UMNO. Mungkin beliau ingat itu, namun lebih sayangkan kedudukan sekarang.

Pimpinan UMNO harus ingat. Usah beri kerusi majoriti Melayu kepada mereka lagi. Jika mereka mahu kekal dalam BN, mereka boleh pergi ke kerusi lain dan lawan dengan DAP.

Contoh terbaik adalah Cameron Highlands. Kalau MIC menang, kerusi tersebut akan jadi milik PN, bukan BN. Kerusi tradisi konon…. poodahhh!!

Ingatlah! Lepas ini UMNO perlu bijak menilai kawan. Bukan tiada parti berasaskan kaum selain MIC dan MCA. Mereka nampaknya lebih menghargai semangat BN.

Maka itu, janganlah ada lagi kerusi Melayu yang diberikan kepada MCA dan MIC hanya untuk mencukupkan kuota BN.

Ia menyukarkan pengundi Melayu membuat keputusan. Tidak mustahil orang UMNO akan mengundi parti lawan. Ia hanya kerana pihak lawan menurunkan orang Melayu bertanding di kawasan Melayu.

Nyata dan jelas semasa sidang media tadi. BN perlu membungkus MIC dan MCA dan ikat tepi. ‘Cekik’ leher mereka namun tetap beri ruang bernafas.

Beri mereka ‘task‘ lawan DAP. Buktikan kejantanan mereka. Barulah ada ‘weight‘ bila sudah menang dengan DAP. Jika tidak mahu, bungkus dan buang sahaja.

Ataupun jika benar mereka nak juga kawasan Melayu, suruh mereka minta dari Mahiaddin yang mereka sokong sekarang…

Paku Warren

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts