APA HALA TUJU MIC, MCA DAN PAS SETERUSNYA?

194
SHARES
627
VIEWS

Apabila tular surat Speaker Dewan Rakyat menjawab soalan yang diajukan oleh Istana, pantas sahaja Tan Sri Annuar Musa menjawab ia hanya andaian.

Malangnya ‘andaian’ ini disahkan sendiri oleh Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin dalam satu sidang media secara langsung yang juga dilihat menawarkan rasuah terbuka atau “penyogokan politik” dengan memberi jawatan dan imbuhan.

Tindakan terdesak Mahiaddin ini terpaksa dilakukan kerana sudah hilang kelayakannya sebagai Perdana Menteri apabila kehilangan majoriti. Cuma yang tidak masuk akalnya apabila terang-terangan mengaku beliau langgar Perlembagaan.

Rujuk pautan; https://editormalaysia.com/23798/

Selain itu, kejanggalan berlaku apabila beliau menawarkan penjajaran baharu dengan pembangkang iaitu DAP dan PKR malah menawarkan jawatan setara Menteri kepada Ketua Pembangkang, yang disifatkan sebagai pengkhianatan kepada Menteri-menteri UMNO dan PAS dalam Perikatan Nasional kerana naratif “No Anwar, No DAP” yang dituduh ke atas UMNO sebelum ini kini terpalit ke atas diri mereka sendiri.

Jelas Anwar dan DAP kini ‘disucikan’ dan tidak mustahil dalil “walhalalku walharammu” selepas ini akan dimainkan untuk menghalalkan Perikatan Nasional bersama PKR dan DAP, walaupun yang difitnah menjalin kerjasama adalah UMNO.

MIC dan MCA juga memperlihatkan ‘belang’ sebenar mereka dan bukannya sifat setiakawan yang sepatutnya mereka utamakan. Jelas jawatan dan kuasa mengelabui mata pemimpin-pemimpinnya, malah lebih jelik lagi apabila MIC yang tiada walau satu kerusipun di Parlimen bertindak lebih sudu daripada kuah.

Sungguhpun begitu, ia memudahkan pimpinan UMNO untuk membuat keputusan dan berganding bahu dengan mereka yang ikhlas bersama ketika susah dan senang sahaja, bukannya parti yang mengambil kesempatan dan ‘play safe‘ hanya bertanding atas kerusi majoriti kaum Melayu dan tidak berani bertembung dengan PKR dan DAP.

Justeru ke manakah hala tuju mereka selepas ini? Adakah masih sama dan setia dalam Barisan Nasional walaupun menyakitkan hati? PAS pula yang sanggup membelakangkan titah YDP Agong semata-mata untuk bersama Perikatan Nasional, adalah mereka akan beralih arah kepada Muafakat Nasional kembali jika Tan Sri Mahiaddin Yassin meletakkan jawatan tidak lama lagi?

Apapun, semua yang berlaku ini hanya memudahkan pimpinan UMNO membuat keputusan, termasuk kepada ‘pengkhianat’ UMNO yang kononnya menyokong parti tetapi tidak menyokong Presiden, malah sanggup bersama Perikatan Nasional derhaka titah YDP Agong dalam banyak perkara.

Syabas buat mereka yang mempunyai jati diri yang kuat, kekal bersama UMNO dalam susah dan senang selama ini walaupun ditekan dan diasak termasuk cubaan mengharamkan UMNO melalui ROS.

Buat yang khianat, selamat maju jaya mencari kerusi lain bersama Bersatu dan Perikatan Nasional dan DAP.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts