ISU TRANSGENDER: SURAT TERBUKA UNTUK MUJAHID

175
SHARES
565
VIEWS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungajwab menganai hal ehwal agama, Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof membuat kenyataan kontroversi baru-baru ini yang mengundang kritikan dan kemarahan ramai.

Tuntutan seorang peguam melalui surat terbukanya kepada Mujahid wajar dipertimbangkan oleh beliau kerana selaku seorang Menteri Agama, beliau sewajarnya membuat kajian terperinci berkaitan isu transgender sebelum membenarkan golongan ini menggunakan ‘public places‘ jika takrifan beliau adalah termasuk tandas awam dan surau wanita.

Apatah lagi Mujahid hanya mendengar pendapat sebelah pihak sahaja. Berikut adalah surat terbuka yang dihantarkan kepada beliau oleh seorang peguam.

SURAT TERBUKA UNTUK DATO` DR. MUJAHID: ISU TRANSGENDER

Olehย Nurhidayaty Maidin

Merasakan Dato’ Dr Mujahid tidak mendapat input yang tepat berhubung isu transgender ini dan apakah kesan kenyataan beliau terhadap golongan wanita, saya telah emailkan surat terbuka kepada beliau dan memohon untuk berjumpa beliau.

Assalamualaikum YB Dato`.

Saya tahu masa Dato` amat padat. Oleh itu , surat terbuka ini akan menjadi surat terbuka yang ringkas dan terus kepada kandungan. Saya juga seorang yang terus kepada fakta. Tidak pandai bahasa berbunga.

Saya ingin merujukkan YB Dato` kepada Sidang Media yang diadakan oleh Dato` baru-baru ini dengan Encik Nisha Ayub.

Antara kenyataan Dato` di dalam sidang media tersebut ialah :

“The most important thing I want to say here that these people, the transgender, especially..can not be discriminate in their workplace… from Nisha, we had a lot of information out that that the public still discriminate them.”

YB Dato` meneruskan kenyataan selanjutnya:

” They (the transgender) are ordinary citizenโ€ฆThey want to go to school..education and even ibadah..and they want to go to public place… saya dalam pertemuan ini banyak memahami walaupun dalam masa 40 minut… memahami banyak isu yang perlu dibela..”

Kenyataan Dato ini dapat di lihat di dalam video di link ini:

https://www.youtube.com/watch?v=6Wu40DU7y6c

Saya meneliti kenyataan Dato` yang saya anggap sangat rasmi tersebut. Apa jua alasan Dato untuk memberikan kenyataan sedemikian saya percaya kenyataan Dato` itu sepatutnya tidak dijadikan sebagai press conference kerana kenyatan Dato` kelihatan tidak cermat dan tanpa kajian teliti :

1. Sumber daripada Encik Nisha sahaja

Dato` kerap kali menyebut pertemuan 40 minit Dato dengan Nisha serta timbalan Dato’ sambil menikmati pasembur. Dato’ cakap Nisha telah mendedahkan Dato` dengan output bahawa golongan transgender ini telah didiskriminasikan oleh masyarakat.

Tiada pula Dato` dedahkan adakah maklumat yang diberikan oleh Nisha disokong oleh satu kajian terperinci atau sekurang-kurangnya statistik laporan polis berhubung kejadian diskriminasi ke atas golongan Mak Nyah.

2. Bentuk Diskriminasi

Sudah banyak rakyat perbahaskan persoalan ini: Bentuk diskriminasi bagaimanakah yang mahu diperjuangkan oleh golongan transgender ini? Adakah mereka disisih daripada mendapat pendidikan, pekerjaan atau kesihatan? Sekiranya ya, dimanakah statistik laporan Kementerian yang mengatakan sedemikian? Walaupun Malaysia ini majoriti adalah umat Islam, setakat yang saya perhatikan Dato`, golongan Mak Nyah berjalan bebas tanpa kekangan. Pergi salunpun nak masuk bilik muslimah, Dato!

3. Kenyataan yang terlalu am daripada Dato` membuka penindasan ke atas wanita normal seperti saya

Di dalam minit-minit terakhir kenyataan Dato’ di persidangan media tersebut, Dato’ menyatakan mereka ada hak untuk pergi kepada ‘public places’ dan tempat ibadah.

Ini adalah kenyataan rasmi Dato’ yang cuai pada pandangan saya.

Public placesย adalah termasuk tandas wanita.

Saya tidak pasti samada Dato` terfikir yang golongan transgender ini patut mengunakan tandas awam wanita?

Dalam erti kata lain , akibat kenyataan Dato` tersebut seolah-olah menggesa kami wanita normal untuk berkongsi tempat awam seperti tandas awam dengan lelaki berpakaian wanita.

Dato`, YB Hannah Yeoh telah pun dedahkan statistik gangguan seksual di Malaysia ke atas wanita di parlimen baru-baru ini Dato`. Kenyataan Dato` itu sebenarnya memberi peluang kepada mana-mana lelaki untuk menyamar jadi transgender dan masuk ke dalam tandas wanita , tempat mandi wanita, kolam wanita, locker wanita atau ruang solat wanita.

Cukup cukuplah statistik gangguan seksual ke atas kami, Dato`. Kami tidak ingin mendengar trend terbaru dirogol dalam tandas wanita oleh lelaki mengaku transgender pula!

Saya terfikir juga kenapalah Dato’ tak cadangkan transgender ini gunakan sahaja tandas lelaki. Kurang sikit isunya. Orang lelaki tak kisah sangat. Pengkid nak masuk tandas mereka, mereka okay.

Tetapi yang menanggung beban hasil daripada kenyatan Dato` tersebut adalah kami wanita terutama Muslimah yang perlu jaga auratnya.

Apatah lagi di tempat ibadah seperti masjid dan surau.

Apakah maksud Dato` mereka ada hak di rumah ibadah. Adakah mereka ini akan di letakkan di tempat solat lelaki? Kalau itu maksud Dato` tafadal! Saya sokong.

Tetapi tolong jangan bebankan kami kaum wanita untuk menerima mereka bersama-sama kami di tempat awam yang perlukan privacy tanpa ganguan lelaki.

4. Hak Transgender adalah bukan isu untuk Dato` perjuangkan

Dakwah kepada mereka untuk kembali kepada fitrah asal saya setuju. Tetapi bukan tanggungjawab besar Dato` untuk membela hak golongan ini supaya dapat lebih daripada apa yang mereka ada sekarang ini. Ada ramai MP dalam parlimen yang pro kepada transgender dan LGBT. Let them pursue their agenda. Not you Dato`. This is not your fight.

Cadangan

Saya percaya Dato` tidak diberikan input yang jelas berkenaan kes-kes dan situasi yang telah berlaku di luar negara apabila golongan ini menjadi terlampau agresif dan dominan dalam bersuara. Oleh itu saya berharap dapat berjumpa dengan Dato` at your most convenient time untuk saya bentangkan pula pandangan kami wanita-wanita normal yang telah pun didiskriminisasikan daripada hak privasi dan keamanan untuk menggunakan tempat awam seperti tandas wanita .

Kalau Dato` boleh berjumpa dengan Nisha, apa salahnya mendengar pandangan saya pula walaupun saya bukan selebriti.

Cadangan Kedua

Saya mohon Dato` keluarkan kenyataan sekali lagi berkenaan isu ini tetapi lebih jelas berhubung public places.

Saya mohon dengan rendah diri Dato` menyatakan bahawa golongan transgender boleh mengunakan public places yang dikhususkan untuk lelaki sahaja. Kalau tandas – guna tandas lelaki. Kalau ruang solat- sila solat di ruang lelaki.

Barulah kami tidak bising. Selagi Dato` tidak memperbaiki kenyataan Dato`, selagi itulah kami wanita normal terpaksa mempertahankan hak kami.

Dan Dato` kami tidak ragu-ragu untuk menggunakan proses Mahkamah sekiranya kenyataan Dato` itu telah menyebabkan peningkatan penggunaan oleh golongan transgender di ruang awam untuk wanita .

Terima kasih di atas masa Dato` membaca email ini. Mudah-mudahan mendapat perhatian Dato` sewajarnya.

Yang benar,

Nurhidayaty Maidin
Peguambela & Peguamcara
Tetuan Nur Maidin & Co

 

Video tambahan, ehsan dari Berita Harian Online:

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts