MPPK GESA KDN KEMUKA RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN BATAL PERINTAH LARANGAN BUKU BERUNSUR HOMOSEKSUAL

154
SHARES
497
VIEWS

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan perintah larangan ke atas buku Gay is Okay! A Christian Perspective’.

Buku ini secara jelas bukan sahaja tidak sesuai untuk orang Islam, tetapi juga tidak melambangkan masyarakat Malaysia yang penuh adab.

Budaya gay merupakan budaya yang bukan sahaja tidak beradab, tetapi pada masa yang sama mendatangkan masalah kesihatan yang teruk pada pelakunya.

MPPK juga melihat keputusan ini merupakan satu keputusan yang boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni terhadap masyarakat kita, dan ia merupakan sesuatu yang perlu dielakkan.

Akhir sekali, MPPK percaya kerajaan akan mengambil tindakan yang proaktif dalam memastikan keharmonian Keluarga Malaysia kekal terjaga.

Sekian, terima kasih.

Memartabat Mahasiswa Malaysia

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts