BERANIKAH MAHIADDIN SAHUT CABARAN SUMPAH LAKNAT ZAHID?

507
SHARES
3k
VIEWS

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah menafikan perkara ini berkali-kali bahawa beliau tidak pernah bertemu Tan Sri Mahiaddin Yassin ketika menjawat jawatan Perdana Menteri kelapan bagi membantu beliau menggugurkan kesnya. Mahiaddin juga berbohong bahawa Zahid membawa timbunan fail bertemunya bagi tujuan tersebut.

Namun pembohongan Mahiaddin kali ini nampaknya tidak lagi boleh diteruskan, walaupun sebelum ini beliau berlagak ‘Islamik’, telus, bersih dan tidak mengganggu urusan mahkamah. Zahid sudah menyatakan hasrat bersumpah laknat bahawa beliau tidak pernah melakukan perkara tersebut, apatah lagi membawa timbunan fail seperti fitnah Mahiaddin. Lebih keras, beliau mencabar Mahiaddin juga bersumpah, yang dilihat sebagai bakal ‘checkmate‘ Mahiaddin daripada meneruskan pembohongan. Jika Mahiaddin berbohong lagi maka beliau wajib bersumpah seperti yang dicabar Zahid, bukan semberono berbohong dan memfitnah seperti biasa dilakukannya.

Nampaknya ‘DNA’ Pakatan Harapan yang kuat berbohong dan menipu rakyat masih melekat pada Mahiaddin, sama seperti Perikatan Nasional yang lain yang kini dilihat takut menghadapi Pilihan Raya Negeri apatah lagi PRU-15 kelak. Skrip lama diulang-ulang termasuk kes 1MDB walaupun Dato Sri Mohd Najib Tun Razak sendiri telah melafazkan sumpah laknat bahawa beliau langsung tidak terlibat mengarahkan, meminta ataupun mengetahui mengenai dana yang dikatakan wang haram tersebut. Rujuk pautan; https://editormalaysia.com/16027/

Walaupun sumpah laknat Zahid dan Najib tidak memberi kesan di mahkamah, namun ia cukup buat seorang Islam yang meyakini Allah Taala merupakan Rabb, Penciptanya. Jika tidak membuat perkara yang difitnah Mahiaddin maka tentu tiada masalah Zahid melafazkan sumpah tersebut.

Cuma persoalannya, adakah Mahiaddin berani menyahut cabaran sumpah Zahid, sedangkan dalam kes skandal dengan Nika Gee yang amat memalukan itu juga beliau masih tidak berani melafazkan sumpah.

Takut apa lagi Mahiaddin? 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts