MPPK SOKONG PELANTIKAN SEMULA DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD SEBAGAI MENTERI PENGAJIAN TINGGI

88
SHARES
283
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mengambil maklum dan menyambut baik pelantikan semula YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

MPPK melihat pelantikan semula YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi akan meneruskan kesinambungan dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh beliau sebelum ini.

Sepanjang pentadbiran beliau sebelum ini, pelbagai inisiatif telah diberikan oleh pihak KPT terutamanya untuk memastikan pelajar terus dibantu dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19. Antara inisiatif yang telah diperkenalkan oleh beliau ialah pengurangan yuran yang telah dilakukan sejak tahun lepas dan telah diteruskan pada tahun ini.

Selain itu, pakej bantuan lain seperti Pakej Bantuan Pelan Data dan Peranti Pelajar IPT, diskaun tiket penerbangan khas untuk mahasiswa, Foodbank Siswa dan pelbagai lagi inisiatif lain turut diwujudkan semasa pentadbiran beliau.

Pada awal Ogos yang lalu juga, beliau telah bekerjasama dengan pihak CITF untuk memberikan vaksin kepada warga pengajian tinggi bagi mewujudkan gelembung kampus (Campus Bubble) di mana inisiatif ini akan membolehkan suasana di kampus menjadi lebih selamat.

Beberapa IPT juga telah dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan dijangka akan diperluaskan bagi memastikan negara kita mencapai imuniti kelompok (herd immunity).

MPPK juga telah diberi peluang untuk menyampaikan hasrat mahasiswa melalui 11 Agenda Memartabat Mahasiswa kepada pihak KPT dan tujuh (7) daripada Agenda tersebut telah direalisasikan oleh pihak KPT.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad juga sentiasa mendengar pandangan dan luahan daripada mahasiswa dengan mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama pelbagai pihak semasa era pentadbiran beliau sebelum ini.

Maka MPPK merasakan bahawa YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad akan dapat terus memimpin Kementerian Pengajian Tinggi dengan lebih baik dan akan meneruskan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada mahasiswa seperti yang pernah dilakukan oleh beliau sebelum ini.

Sekian, Salam hormat.

Memartabat Mahasiswa Malaysia

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts