TERIMA KASIH KPT ATAS INISIATIF PROGRAM VAKSINASI PELAJAR IPT – MPPK

90
SHARES
290
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menzahirkan setinggi penghargaan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi di bawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad atas pelaksanaan Program Vaksinasi Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Di bawah program ini, pelajar IPT yang masih belum divaksin boleh mendapatkan vaksin secara “walk-in” di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terbuka.

Pelajar IPT hanya perlu membawa kad pengenalan dan kad matrik pelajar bagi tujuan pengesahan di PPV tersebut. Bagi pelajar baharu pula, mereka boleh mengemukakan surat tawaran kemasukan dan kad pengenalan untuk maksud tersebut.

Pengenalan inisiatif ini akan membolehkan proses vaksinasi pelajar-pelajar IPT dipercepatkan bagi membentuk gelembung kampus yang selamat dan mencapai imuniti kelompok.

Pelaksanaan program ini juga adalah selaras dengan cadangan keempat daripada 7 Cadangan MPPK yang telah dibawa kepada pihak KPT sebelum ini iaitu pemberian vaksin kepada mahasiswa.

Pelaksanaan program ini juga menunjukkan bahawa pihak KPT terus prihatin dalam mendengar pandangan dan luahan daripada mahasiswa.

MPPK berharap agar pihak KPT akan terus memperkenalkan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada mahasiswa dan dapat memperhalusi kaedah terbaik terutamanya dalam memastikan kepulangan pelajar ke kampus dapat dilakukan dengan teratur.

MPPK juga turut memohon kepada semua mahasiswa yang masih belum mendapat temujanji vaksinasi untuk terus ke PPV berkenaan untuk mendapatkan vaksin. Peranan mahasiswa juga penting dalam memastikan setiap kampus di IPT seluruh negara menjadi sebuah kampus yang selamat.

Sekian, terima kasih.

Memartabat Mahasiswa Malaysia

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts