• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Saturday, November 25, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

JANGAN HADKAN MASJID DAN SURAU BAGI YANG LENGKAP DUA DOS VAKSIN

Kerajaan perlu meyakinkan rakyat dengan keberkesanan program vaksinasi negara

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
September 9, 2021
in Bicara Agama, Utama
0
JANGAN HADKAN MASJID DAN SURAU BAGI YANG LENGKAP DUA DOS VAKSIN
29
SHARES
320
VIEWS

Semalam Perdana Menteri mengumumkan peralihan Fasa 1 ke Fasa 2 di Lembah Kelang dan dalam masa yang sama mengumumkan fasiliti sukan dan rekreasi komersil sama ada terbuka atau tertutup turut dibenarkan beroperasi bagi mereka yang telah lengkap divaksin, bermula esok. 

Pergerakan antara negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya juga dibenarkan tanpa sekatan jalan raya, yang turut akan dikuatkuasakan esok, 10 September 2021 dan ini memberi kelegaan kepada banyak pihak.

Sebelum itu Putrajaya turut mengumumkan melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif antara lain membenarkan aktiviti panggung wayang kepada individu yang lengkap vaksinasi bermula hari ini, Khamis, 9 September. 

Justeru dengan kelonggaran ini, rakyat seluruh negara terutamanya yang beragama Islam turut memohon agar kerajaan prihatin dan turut melonggarkan aktiviti di masjid dan surau termasuk solat lima waktu berjemaah harian dan juga solat Jumaat. 

Jika kerajaan berani mengambil risiko untuk membenarkan pawagam yang tentunya dalam ruang tertutup dan memakan masa yang lebih lama, malah ada filem yang memakan masa sehingga melebihi dua jam, maka apa salahnya masjid dan surau turut diberi kelonggaran yang sama? 

Rakyat masih belum lupa kilang sebelum ini diberi kelonggaran melampau sehingga mencetuskan pelbagai kluster namun masjid dan surau yang berkapasiti rendah dan hanya memakan masa beberapa minit tidak pula dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Sebagai rekod, majoriti masjid dan surau seluruh negara ketika ini menetapkan ‘undang-undang’ tidak membenarkan individu yang belum lengkap divaksin untuk hadir berjemaah termasuk solat Jumaat. Ini bagi mengelakkan masjid menjadi punca penularan ataupun mencetuskan kluster baharu. 

Ironinya, bagi yang sudah lengkap divaksin juga hakikatnya masih tidak dibenarkan ke masjid untuk berjemaah kerana kehadiran bersolat dihadkan. Persoalannya jika sudah lengkap divaksin, kenapa kerajaan masih menetapkan syarat masjid dan surau mengehadkan kehadiran jemaah?

Jika ini arahan pihak berkuasa dan majlis agama Islam yang juga berbeza di negeri-negeri, sepatutnya kerajaan memberi penerangan mengenai program vaksinasi negara kepada mereka di mana masjid dan surau di seluruh negara wajar dibenarkan beroperasi penuh jika menetapkan dua dos vaksin sebagai syarat masuk masjid.

Jika kerajaan sendiri tidak yakin dengan kehadiran rakyat yang telah divaksin, maka bagaimana ingin meyakinkan rakyat yang skeptikal dan masih ragu-ragu untuk menerima vaksin? Ini juga boleh membuka ruang untuk golongan anti vaksin mengambil peluang mengkritik program vaksinasi negara dan pihak kerajaan. 

Masjid dan surau ini wajib diimarahkan kerana ia akan mengundang kesukaan Allah dan memalingkan kemurkaan Allah SWT. Melaluinya, segala bala dan wabak akan dikesampingkan dan rakyat akan dipelihara. Jika kerajaan tidak mahu membukanya seperti dahulu, sebagai permulaan kerajaan wajar menimbangkan masjid dan surau dibuka sepenuhnya kepada mereka yang telah lengkap menerima dua dos vaksin dan dibenarkan solat di ruang utama yang tertutup.

Manakala yang belum lengkap atau tidak divaksin tetap dibenarkan solat di ruang terbuka masjid atau surau tersebut bagi memberi peluang sama rata kepada semua umat Islam untuk bersolat berjemaah. Termasuklah musafir dan penghantar makanan yang sehingga kini tercari-cari tempat untuk menunaikan ibadah wajib tersebut. 

Kerajaan tidak boleh lupa, dalam asyik memikirkan soal “ekonomi dunia”, jangan sampai terlupa memikirkan tentang menambah dan memajukan “ekonomi akhirat” yang tentunya lebih perlu diutamakan, sesuai dengan negara ini yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuannya.

Artikel berkaitan, “Sampai bila masjid, surau perlu ditutup” di pautan; https://editormalaysia.com/18650/

Tags: IslamMasjid & surauSolat berjemaahSolat JumaatVaksin Covid-19
Previous Post

TERIMA KASIH KPT ATAS INISIATIF PROGRAM VAKSINASI PELAJAR IPT – MPPK

Next Post

LHDN DIJADIKAN ‘ALAT’ UNTUK MENGANIAYA NAJIB?

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

(VIDEO) KERAJAAN TAMBAH BAIK HAL EHWAL ISLAM, BERI MANFAAT UNTUK SEMUA

(VIDEO) KERAJAAN TAMBAH BAIK HAL EHWAL ISLAM, BERI MANFAAT UNTUK SEMUA

August 29, 2023
MKI ZAHIRKAN KEPRIHATINAN SULTAN SELANGOR TERHADAP PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM

MKI ZAHIRKAN KEPRIHATINAN SULTAN SELANGOR TERHADAP PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM

August 29, 2023
MADANI: SATU IJTIHAD KOLEKTIF BAWA PERUBAHAN KEPADA RAKYAT, NEGARA

MADANI: SATU IJTIHAD KOLEKTIF BAWA PERUBAHAN KEPADA RAKYAT, NEGARA

August 20, 2023
UIA, ANWAR DAN JASA-JASANYA – PROF. AGUS

UIA, ANWAR DAN JASA-JASANYA – PROF. AGUS

August 8, 2023
PENYERTAAN PARTI POLITIK DALAM PRN 6 NEGERI 2023

PENYERTAAN PARTI POLITIK DALAM PRN 6 NEGERI 2023

July 31, 2023
VIDEO: ADAKAH PARTI PAS ITU ISLAM? – PROF. AGUS

VIDEO: ADAKAH PARTI PAS ITU ISLAM? – PROF. AGUS

August 8, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In