“Rakyat mengharapkan kita memberi wang percuma kepada mereka kerana tabiat ini dipupuk oleh Najib.”

“Sekarang juga rakyat mengharapkan wang percuma tetapi kita tidak ada duit, ini kerana kita tidak mencuri seperti Najib lakukan.”

Pada zaman Barisan Nasional, Datuk Seri Najib menyalurkan bantuan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti pemberian tunai melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan tunai kepada penjawat awam serta kepada peneroka FELDA dan FELCRA setiap tahun, selain bantuan tunai kepada nelayan dan pemandu teksi.