Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Perkara ini memang pelik, SPRM keluar kenyataan media, tiga pegawai kanannya direman hanya setelah tempoh reman pada 14 sehingga 19 September tamat.
Dalam tempoh tersebut tiada berita dan tiada gambar mengenai penahanan mereka, apatah lagi punca mereka direman. Kalau pesalah lain pasti gambar baju berwarna oren bergari akan tersiar.
Sebelum itu tular di media sosial, 3 pegawai SPRM ditahan kerana mencuri wang yang dirampas daripada Datuk Hasanah Abd Hamid bekas Ketua Pengarah MEIO pada Ogos 2018.
Rujuk pautan;
https://www.thevibes.com/articles/news/42045/3-top-macc-officials-held-over-
Dalam kenyataan media SPRM semalam disebut, reman dibuat atas tuduhan salah guna kuasa. Tetapi di media sosial mereka didakwa mencuri duit rampasan SPRM.
Adakah ada ‘cover up‘? Apatah lagi duit curi sepatutnya PDRM yang siasat bukan siasatan dalaman oleh SPRM.
Persoalannya adakah SPRM selamat? Pagar SPRM pun boleh bolos apabila dua pengawal peribadi bantu ketuanya yang terlibat Macau Scam melarikan diri.
Rujuk pautan;
https://m.malaysiakini.com/news/546296
Banyak perkara perlu dibaiki terhadap institusi keadilan negara. UMNO sendiri kemuka writ saman terhadap PDRM kerana mendakwa RM40.3 juta duit parti yang disita telah hilang.
Rujuk pautan;
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2018/09/478508/umno-tuntut
Ahli Parlimen wajar menuntut ketelusan SPRM. Tetapi dalam MOU Kerajaan-PH, reformasi institusi terhadap SPRM tidak ada dalam senarai. Kenapa?